Bekas Ketua Hakim Negara Jelaskan Kenapa Tommy Thomas Dan Latheefa Koya Perlu Letak Jawatan

PELETAKAN jawatan Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan sebagai dua perkara yang betul terlaksana di awal pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menyifatkan pelantikan kedua-duanya terutama sekali Tommy antara kesilapan besar kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menyebabkan orang ramai khususnya Melayu Islam tidak berpuas hati.

Beliau berkata, Tommy tidak sepatutnya dilantik atau terus kekal memegang jawatan itu.

“ Bagi Latheefa, memandangkan bahawa beliau adalah ahli PKR yang aktif, pernah berkhidmat sebagai ketua biro maklumat bagi Sayap Belia PKR dan ketua biro hal ehwal undang-undang PKR selain seorang aktivis (namun) tiada sedikit pun pengalaman dalam mentadbir satu jabatan kerajaan yang besar.

“ Tanpa sedikit pun pengalaman penyiasatan dan pendakwaan kes-kes rasuah, pada umur yang muda, tiba-tiba dilantik oleh Perdana Menteri kerajaan PH menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM (sekali gus) mengetepikan pegawai SPRM yang berkhidmat berpuluh-puluh tahun dengan penuh dedikasi.

“ Sebenarnya, untuk memilih pegawai yang sesuai (sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM) tidak susah. Tengoklah siapakah yang paling kanan dan apa ‘salah’ dengannya. Biasanya, jika ada ‘salahnya’, beliau tidak sampai ke situ,” katanya dalam blog beliau di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau mendapat reaksi sangat positif berhubung pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa semalam.

“ Saya juga menerima reaksi seorang dari kumpulan profesional yang sangat kuat menyokong PH dalam Pilihanraya Umum ke14 (PRU-14) yang memberi ‘thumb up’ kepada pelantikan itu.

“ Saya fikir dua reaksi yang saya terima itu, setakat ini mencerminkan reaksi kumpulan profesional, termasuk pegawai kanan kerajaan.

“ Jika pengganti Latheefa juga datangnya daripada perkhidmatan SPRM, saya percaya ia akan mendapat reaksi yang serupa,” katanya.

Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun tahun lalu untuk tempoh dua tahun menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Sejak pelantikan itu, beliau membuka semula beberapa kes lama termasuk membabitkan orang kenamaan dan kepentingan awam.

Untuk rekod, mengikut kekananan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki difahamkan layak menggantikan Latheefa bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: hmetro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*