Tak Masuk Jenguk Anak BlNl, Makanan Ditinggalkan Dalam Kotak Kasut Depan Rumah

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai finalis Imam Muda Syed Mohd Faris yang dihimpit kontroversi rumah tangga.

Ini apabila menceraikan isterinya, Nur Hidayu Rosli selepas berkahwin dengan wanita lain.

Hidayu mendedahkan dia dan Syed Faris sudah pun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.

Menerusi satu laporan, Hidayu berkata sebelum itu dia sedar perubahan mendadak suaminya.

Ini apabila kerap pulang lewat dan adakalanya tidak pulang langsung ke rumah.

Malah, suaminya juga tidak lagi memberi wang nafkah dan jika diberikan hanya mengikut sesuka hatinya.

Lebih menyedihkan, ketika PKP dia dan anak beranak hampir terputus bekalan makanan namun bekas suaminya itu tidak pulang ke rumah.

Katanya lagi, adakalanya Imam Muda tersebut hanya meninggalkan makanan untuk anak-anak di luar rumah dan tidak masuk untuk menjenguk isteri dan anak-anaknya.

Letak Makanan Depan Pintu Rumah

“Masa PKP memang dia tak balik rumah, kalau dia balik pun suka hati dia nak balik.

Hantar makanan pun kadang-kadang dia hantar dekat saya, dia letak dekat dalam kotak kasut dekat luar.

“Jiran rumah saya nampak, dia cakap dekat saya suami hantar makanan.

Saya bawa masuk dalam anak saya makan, menangis saya tengok. Dia ada kunci rumah, dia boleh masuk dan hantar.

Tapi kenapa sampai tak boleh nak tengok. Tak boleh nak tengok dah ke muka kami?,” katanya.

Hidayu berkata lagi, ketika bulan puasa pun bekas suaminya itu pulang ke rumah sesuka hati.

Ujarnya, dan Syed Faris mengatakan kepada isteri barunya itu boleh melayannya dengan lebih baik lagi.

“Bulan puasa pun sama, balik ikut suka dia. Dia kata perempuan tu boleh layan dia macam raja.

Ya Allah, sedihnya saya masa tu, 13 tahun saya kahwin.

Bila suami kita cakap macam tu kita rasa macam dah tak ada apa dah untuk kita,” katanya.

Sebelum ini, Hidayu mendedahkan Syed Faris memberitahu sudah berkahwin dengan wanita itu pada hujung Januari lalu ketika dia baru melahirkan anak kelima mereka

Nur Hidayu menerusi sebuah laporan mendedahkan sudah berpisah dan mendakwa dikasari oleh madunya

Ini selepas Syed Faris bercadang untuk menceraikan salah seorang daripada mereka.

Alasan dia kahwin dengan perempuan itu adalah untuk bantu kewangan keluarga.

Dalam laporan itu, Nur Hidayu mendedahkan Syed Faris hanya memaklumkan dia berkahwin lain hujung Januari lalu.

Ini ketika dia baharu sahaja melahirkan anak kelima mereka.

Dia turut menyedari perubahan mendadak suaminya yang sering pulang lewat.

Malah tidak pulang langsung ke rumah selain Syed Faris juga dikatakan tidak lagi memberikan wang nafkah.

Syed Faris memberi alasan perkahwinan keduanya adalah untuk membantu kewangan keluarga.

Bagaimanapun, Nur Hidayu berkata Syed Faris pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin lagi namun dihalang Nur Hidayu kerana memikirkan anak-anak mereka.

Syed Faris dan Nur Hidayu berkahwin pada 2007 dan dikurniakan lima orang anak iaitu Sharifah Aisyah, 12, Syed Husayn, 10, Sharifah Fatimah, 5, Syed Muawiyyah, 3, dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan.

Sepanjang perkahwinan mereka, Nur Hidayu pernah mengalami keguguran sebanyak empat kali.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Artikel dan penulisan di dalam ini juga tidak melambangkan pendapat peribadi pihak kami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*