Malaysia Perlu Khidmat Najib Razak Pulih Ekonomi, Ini Respon Warganet

MALAYSIA: Negara kita dilanda pandemik CoV-19 menyebabkan pergerakan ekonomi negara sedikit lembab. Menurut Aktivis Gerakan Tuntut Malaysia (Tuntut) Azlan Abu Bakar negara memerlukan khidmat Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memulihkan ekonomi negara.

Dia berkata demikian memandangkan kepada pengalaman luas yang dimiliki oleh bekas Perdana Menteri tersebut. Menurut Azlan Najib meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan dalam keadaan ekonomi selamat dan kukuh di saat dunia ketika itu berdepan kegawatan ekonomi.

Pandangannya itu berdasarkan sokongan oleh Bank Dunia yang turut memuji langkah kerajaan yang menyatakan ekonomi Malaysia berkembang dari kedudukan kukuh pada era Najib sebagai Menteri Kewangan.

Oleh itu, kerajaan kini perlu membuat langkah yang drastik dan tepat dalam setiap keputusan bagi memastikan negara dan rakyat terlepas daripada perangkap kemerosotan ekonomi.

Tambahnya lagi, Tan Sri Muhyiddin Yassin patut menggunakan mereka yang berpengalaman dan pakar dalam menghadapi situasi penyelesaian masalah ekonomi.

Ekonomi negara akan terjamin sekiranya kita dapat mengurus dengan baik. Jadi Najib Razak antara orang yang paling tepat untuk membantu negara ketika ini berdasarkan pengalaman dan latar belakangnya dalam membantu Ekonomi negara.

Respon Warganet

Sebahagian lagi ada yang bersetuju untuk melantik Najib Razak sebagai penasihat Ekonomi berdasarkan pengalamannya membantu ekonomi negara pada tahun 1997.

Bagaimana pula dengan anda adalah anda bersetuju untuk menjadikan Najib Razak sebagai penasihat EKonomi negara ?

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*