Pegawai P0Iis Jumpa Keluarga Ini Di Taman Permainan. Bila Di Tanya Si Isteri Terus Menangis

Dalam operasi C0v-19 Pegawai P0Iis ini jumpa keluarga ini di taman permainan, bila di tanya si isteri terus menangis. Rupa-rupanya mereka buntu. Syabas dan Tahniah PDRM. Sila baca selanjutnya untuk ketahui kisah mereka sebenar

Di saat orang lain berpusu-pusu ke pasaraya untuk membeli stok makanan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan, namun kita kena ingat keluarga yang kurang bernasib baik. Ada yang catu makanan, ada yang ikat perut dan macam-macam usaha golongan bernasib baik untuk menahan lapar.

Apa yang kami ingin kongsikan, ialah perbuatan Pegawai P0Iis ini yang buat menyentuh hati ramai orang. ikuti kisah di bawah.

Semasa rondaan OP C0V 19 di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, dua pegawai P0Iis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor terkesan pasangan suami isteri bersama seorang anak berada di taman permainan.

Apabila pegawai p0Iis mendekati pasangan tersebut dengan memberi nasihat supaya akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan minta pasangan keluarga tersebut pulang ke rumah. Namun si isteri terus menangis dan memaklumkan tiada wang ringgit serta tiada lagi bekalan makanan di rumahnya.

Pegawai P0Iis telah bawa keluarga tersebut ke kedai runcit dan telah berikan bantuan susu anak yang berumur 1 tahun 4 bulan yang membuatkan tersentuh hati pegawai p0Iis tersebut yang dikatakan hanya beri minum milo bercampur gula.

Pasangan keluarga ini tinggal di Taman Tampoi Indah dengan sewa bilik, Suaminya yang telah berhenti kerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja. Isteri pula seorang tukang cuci di kawasan Larkin dan kini telah dicutikan.

Ucapan terima kasih kepada Pegawai P0Iis Koperal 150367 Mohd Hisham Mustafa dan Konstabel 204588 Mudrikah Nazirul Nordin yang membantu keluarga tersebut dan moga pasangan keluarga tersebut dapat diberikan bantuan.

POSTING PILIHAN : MENJADI TANDA TANYA PASANGAN MENANGISSemasa rondaan OP COVID 19 di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru,…

Posted by Polis Johor on Thursday, March 26, 2020

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*