Penganut Hindu Adakan Upacara Mnum Air Kncing Lembu Untuk Rawat Cov1d19

NEW DELHI – Sekumpulan penganut Hindu menganjurkan acara minum air kenciing lembu kerana percaya mampu menghalang coronavirus (COVID-19), selain mempercayai lembu ialah binatang suci serta air kenciingnya mempunyai kelebihan dalam perubatan.

Pakar kesihatan berulang kali menegaskan bahawa air kenciing lembu tidak mampu merawat penyakit b4rah, apatah lagi tiada bukti mampu mencegah COVID-19.

Acara oleh kumpulan dikenali sebagai Akhil Bharat Hindu Mahasabha (Kesatuan Hindu India) beribu pejabat di ibu kota itu, dihadiri seramai 200, malah penganjur turut berharap majlis sama diadakan di tempat lain juga.

“ Kami sudah minum air kenciing lembu selama 21 tahun. Kami juga mandi dengan najis lembu. Kami tidak perlu makan ubat dari Barat,” kata Om Prakash, yang hadir acara berkenaan.

Ketua Kesatuan Hindu India, Chakrapani Maharaj turut mempamerkan gambar dengan sudu yang dipenuhi air kenciing lembu dengan karikatur COVID-19.

Pemimpin dari parti nasionalis Hindu, Perdana Menteri, Narendra Modi turut menyokong penggunaan air kenciing lembu sebagai ubat dan mengubati barah.

Selain itu, pemimpin dari bahagian timur India, Assam turut mengatakan kepada penggubal undang-undang negeri pada satu sesi perhimpunan bulanan bahawa kenciing dan kotoran lembu dapat digunakan untuk merawat COVID-19.

Ketika ini, COVID-19 sudah menjangkiti lebih daripada 138,000 orang dan membunuh 5,000 orang di seluruh dunia, masih tidak mempunyai penawarnya dan kerajaan di seluruh dunia berusaha untuk mengawal penyebaran pandemik berkenaan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: REUTERS via cempedak cheese

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*