Netizen Mulai Teka Lagi Warna Baju Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Untuk Pengumuman Raya Malam Ini

Setiap kali pengumuman raya ketika hendak berakhirnya umat Islam menjalani ibadah puasa, pastinya ia menjadi tumpuan ramai.

Berita yang diumumkan secara langsung menerusi kaca televisyen pada malam ini pastinya membuatkan semua umat Islam di Malaysia ternanti-nanti namun kali ini, sebelum pengumuman dimaklumkan, yang paling menjadi perhatian adalah mengenai warna pakaian yang dipakai serta adakah beliau akan duduk serta berdiri.

Berita yang diumumkan secara langsung menerusi kaca televisyen ini pastinya membuatkan semua umat Islam di Malaysia ternanti-nanti namun kali ini, sebelum pengumuman dimaklumkan, yang paling menjadi perhatian adalah mengenai warna pakaian yang dipakai.

Rakyat Malaysia pada tahun ini juga tidak dapat melakukan kunjungan muhibah menziarahi satu sama lain sebagaimana kebiasaan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ramai netizen di laman sosial mulai membuat tekaan kerana tertanya-tanya warna baju apa kali ini akan dipakai oleh Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Ternyata perkongsian di Facebook dari laman berita harian metro ini untuk teka warna baju itu mendapat perhatian ramai sehingga banyak komen ditinggalkan selain lebih banyak yang berkongsi tekaan itu dilaman sosial.

Dalam pada masa yang sama, ada yang memberikan pandangan untuk semua bagi mengenakan baju raya warna yang sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada kali ini.

Antara Komen Netizen

Mungkin Pink

Yang penting kita selamat covid

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja merupakan pegawai yang menyimpan dan menjaga mohor besar raja-raja Malaysia.

Beliau merupakan setiausaha Majlis Raja-Raja (MRR) yang juga bertindak sebagai jurucakap Majlis Raja-Raja.

Orang yang dilantik menjadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja ialah pegawai kanan kerajaan yang masih berkhidmat atau yang telah bersara.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kini adalah Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Beliau menggantikan Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah yang bersara pada Januari 2011.

Peranan beliau paling umum diketahui dan sering dilihat oleh rakyat Malaysia di televisyen adalah untuk mengumumkan permulaan puasa pada bulan Ramadan, dan tarikh hari keagamaan Islam, seperti Aidilfitri dan Aidiladha, di Malaysia mengikut perkenan Majlis Raja-Raja.

OM

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*