Kena Kecqm Sebab Letak Nama anak Mipan Zuzuzu, Ini Penjelasan Si Bapa

NAMA merupakan alamat atau tanda pengenalan bagi seseorang. Oleh itu, pemberian nama kepada anak yang dilahirkan merupakan kewajipan buat ibu bapa.

Dengan wujudnya nama atau gelaran, maka seseorang itu boleh dikenali dengan mudah.

Bayangkan jika nama tidak wujud pada seseorang, pelbagai urusan di dunia ini akan menjadi sukar dan mustahil seseorang itu dapat hidup dalam keadaan normal.

Oleh demikian sudah semestinya mencari nama menjadi tugasan yang paling mengujakan setiap pasangan suami isteri setiap kali ingin menimang cahaya mata.

Ada yang dilihat gigih membuat carian Google sebagai rujukan untuk mencari nama-nama yang terbaik buat cahaya mata mereka yang bakal dilahirkan ke dunia.

Tak kurang juga yang menggabungkan nama masing-masing dan diubah beberapa huruf untuk melengkapkan beberapa suku kata supaya tak pelik dan janggal jika disebut.

Perbuatan tersebut tak salah jika nama yang digabung mempunyai makna yang baik-baik seperti mana yang harus diketahui nama yang kurang baik hukumnya makruh di sisi Mazhab Syafie.

Namun, lain pula buat seorang bapa yang dilihat memilih untuk menamakan anaknya yang baru sahaja dilahirkan dengan sebuah lagu yang kini tular di aplikasi TikTok.

Kejadian itu disedari oleh warganet apabila dia memuat naik satu posting di laman Facebook miliknya yang dikenali sebagai Mahzan Yusop gambar sijil kelahiran anak lelakinya yang didaftar menggunakan nama ‘Mipan Zuzuzu Bin Mahzan’.

Ternyata perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dan pandangan dalam kalangan warganet malahan ada juga yang terus mengecam tindakan lelaki tersebut yang disifat tidak sensitif dalam membuat keputusan pemilihan nama anak.

Setelah posting itu semakin menular akhirnya Mahzan menjelaskan bahawa gambar sijil kelahiran anaknya itu sebenarnya telah disunting.

Memetik portal media tempatan, lelaki berusia 33 tahun itu mendedahkan nama sebenar anak keduanya itu adalah Markuzi Mahzan yang selamat dilahirkan kira-kira jam 10.57 pagi pada 5 November lalu.

Kan ke sedap nama Marzuki itu jika nak dibandingkan nama Mipan Zuzuzu yang sememangnya belum tentu mempunyai maksud yang elok.

Menurut Mahzan, dia memang gemar ‘mengedit’ gambar dan tak sangka perkongsian yang dibuat hanya sekadar suka-suka menjadi tular dengan begitu cepat.

Mahzan melihat nama anaknya seakan ada kaitan dengan lagu Mipan Zuzuzu terutama pada perkataan ‘Zuki’. Hanya sekadar suka-suka dan untuk hiburan kawan-kawannya di Facebook, dia mengubah beberapa huruf nama anaknya menjadi lagu tersebut.

Sehingga hari ini Mahzan masih lagi belum memikirkan nama panggilan yang sesuai buat anaknya dan berkemungkinan akan memanggil Zuzu jika tiada yang menghalang.

Mahzan juga turut mengakui menerima pelbagai kecaman dan ada yang terus memaki, dia sendiri sedia maklum, tak kan nak bagi nama anak yang bukan-bukan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pun ada garis panduan yang perlu dipatuhi.

Mana ada nama orang Mipan Zuzuzu! Itu lagu Pak Abu!

Kredit: SINARPLUS

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*