Lelaki Ini Berani Membeli Kotak Misteri Dari Dark Web Yang Bernilai RM2129. Ini Kandungan Kotak Tersebut

Jika anda pengikut tegar Youtube, anda pasti perasan banyak video video yang dimuat naik oleh Youtuber popular tentang Dark Web atau Dark Net dan mereka akan membeli kotak misteri yang harga agak mahal. Sebelum itu bagi yang tidak tahu, mari kenali apa itu Dark Web dan Dark Net.

Apa itu Deep Web?

Istilah “deep web” dan “dark web” seringkali digunakan secara berganti-ganti, namun makna kedua-duanya adalah tidak sama.

Deep Web hanya merujuk kepada apa sahaja di laman sesawang yang tidak dapat ditemui menggunakan mesin carian seperti Google dan sebagainya.

Ini bermakna segala laman di sebalik paywall (akses terhad kepada pengguna yang telah membayar untuk melanggan laman web ini), apa-apa yang dilindungi dengan kata laluan atau apa-apa yang dihasilkan secara dalam proses dan tidak mempunyai URL kekal, semua perkara ini dikatakan terdiri daripada deep web kerana tidak wujud di permukaan laman sesawang.

Sebenarnya, anda mengakses deep web secara rutin setiap hari. E-mel dalam akaun Gmail anda, penyata bank dalam talian anda, intranet pejabat anda, mesej langsung di Twitter, foto yang anda muat naik ke Facebook dan disetkan kepada private.

Semua ini adalah contoh kepada deep web.

perbezaan antara dark web deep web dan surface web 1 399

Tidak diketahui betapa besarnya deep web ini, namun anggaran daripada para penyelidik mencadangkan ia mungkin merangkumi majoriti semua kandungan dalam talian.

Deep web juga boleh dirujuk sebagai web yang tidak kelihatan atau tersembunyi, menambahkan misteri kepada yang sebenarnya adalah agak biasa.

Bertentangan dengan deep web adalah surface web, yang mana semua kandungannya boleh dicari melalui enjin carian seperti Google.

Namun, ia tidak terhenti di situ sahaja. Deep web juga di mana maklumat mentah disimpan, sama ada sumber kerajaan, maklumat yang digunakan oleh para saintis atau dalam bentuk pangkalan data yang anda gunakan untuk penyelidikan sendiri.

Apa itu Dark Web?

memahami apa itu dark web 510

Dark web adalah sebahagian daripada deep web, tetapi tidak sama. Bukan sahaja anda tak dapat menemuinya menggunakan enjin carian, malah anda tak boleh mengaksesnya melalui pelayar sesawang biasa.

Ini adalah salah satu daripada sisi internet yang gelap dan jahat yang dirujuk oleh media.

Dark web adalah “rumah” kepada laman sesawang yang dihoskan secara tanpa nama yang banyak berurusan dalam aktiviti haram.

Dalam sebuah kajian melibatkan lebih daripada 5,000 laman dark web, Daniel Moore dan Thomas Rid menemukan bahawa lebih daripada separuh daripadanya terlibat dalam aktiviti termasuklah berkaitan dengan dadah, ekstremisme, pornografi kanak-kanak dan senjata api. SUMBER : Iluminasi

KENAPA LELAKI INI BERANI BELI KOTAK MISTERI DARI DARK WEB?

Princemeed, nama yang semakin meningkat naik dengan video video tentang kehidupan diri beliau. Baru baru ini beliau beritahu telah membeli sebuah kotak misteri dari Dark Web yang berharga lebih dari RM2000.

Video ketika Princemeed membuat pengumuman membeli kotak misteri

Apa kandungan kotak tersebut? Jika anda perhatikan youtuber-youtuber lain di luar negara bermacam macam barang yang mereka terima tetapi ada komen netizen yang mengatakan kebanyakkannya adalah fake atau tipu.

Kenapa Tipu? Netizen membuat ulasan selepas melihat beberapa video dan nampak sangat kotak itu tidak dari dark web dan seperti dibungkus sendiri.

Kebanyakkan youtuber yang membuat video kotak misteri ini akan mendapat view yang tinggi dan ada yang mencecah jutaan view dalam masa yang singkat.

Apa Terjadi Kepada PrinceMeed Selepas Buka Kotak Misteri?

Video dibawah menunjukkan Princemeed berjaya menerima kotak misteri setelah hampir sebulan menunggu. Video di channel beliau telah mendapat tontonan sebanyak 630k sejak dimuat naik dari tarikh 19hb October 2018.

Mari tonton apa isi kotak tersebut.

Banyak lagi video menarik dari channel Youtube PrinceMeed. Jika anda berminat boleh subscribe channel beliau.

Peringatan, artikel ini tidak menggalakkan anda untuk mencuba akses dark web atau beli kotak misteri dari sana. Jika anda masih ingin mencuba, anda harus bersedia untuk tanggung risiko terutamanya risiko kotak tidak sampai dan duit anda lesap.

Artikel By: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*