Mereka Sedang Berlatih Jalan Atas Api Supaya Bersedia Bila Masuk Neraka Nanti. Gadis Gadis Ini Begitu Berani Menyeberangi Laluan Berapi

“Tengah berlatih tahan api neraka ke?” Ini salah satu komen yang sering diulang ulang sejak video sekumpulan gadis gadis merentasi laluan berapi tular di media sosial.

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel

Video tular tersebut dimuat naik oleh Ridhuan Egee dan telah mendapat lebih dari 5000 perkongsian, 1000 likes dan lebih dari 1400 komen.

Asal usul video ini tidak dapat dipastikan tetapi kelihatan gadis gadis tersebut adalah golongan mahasiswa di negara jiran Indonesia.

Kerana video ini ramai netizen dari Malaysia dan Indonesia mula mengecam. Acara yang tidak sepatutnya diadakan kerana ianya tidak ada hasil? Ramai juga yang komen bahawa api yang mereka pijak sebenarnya tidak sepanas api neraka. huhu!

Jika anda lihat video tersebut ada juga beberapa orang gadis yang gagal menyeberangi lautan api tersebut tetapi ada juga yang muka bersahaja seperti tidak sakit apa apa ketika lalu atas api?

Rahsia Jalan Atas Api Terbongkar?

Image result for mahasiswa jalan atas api

Adakah anda pernah melihat orang melakukan aksi berjalan di atas bara api? Terutamanya dalam televisyen dan video-video di Youtube. Tetapi mengapa kelihatannya mereka tidak mengalami kecederaan?

Sebenarnya itu bukan sihir dan sewaktu dengannya, tetapi ada penjelasan ilmiah untuknya.

Semasa acara berjalan atas api berlangsung, anda hampir sentiasa melihat suatu hamparan yang besar, arang batu yang terbakar bercahaya. Hamparan itu mungkin 10 kaki panjang atau lebih kurang itu. Dan arang batu yang bercahaya adalah nyata. Orang benar-benar berjalan di atas arang batu merah panas dengan berkaki ayam.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dinotis mengenai acara berjalan atas bara api itu:

1 – Pejalan atas api bukan sebenarnya pejalan atas api. Mereka sebenarnya pejalan atas arang batu. Seseorang telah menyalakan api lebih awal untuk membenarkan kayu terbakar hingga menjadi arang batu yang tidak terbakar.

Acara ini selalu diadakan pada waktu malam. Jika ia dilakukan pada waktu siang, hamparan arang batu itu akan kelihatan seperti hamparan abu. Sentiasa ada lapisan abu yang menyelubungi arang batu. Dengan melakukannya pada waktu malam, nyalaan merah bercahaya masih boleh dilihat melalui lapisan abu itu.

Pejalan itu pula tidak akan berhenti lama di atas hamparan arang batu terbakar itu, dan terus berjalan dengan laju. Jika dia berhenti agak lama, sudah tentu kakinya akan melecur dan terbakar.

2 – Kemudiannya, kebanyakan aksi berjalan di atas api mengggunakan api yang berasal dari potongan kayu. Potongan-potongan kayu ini terdiri dari banyak senyawa karbon, beberapa molekul organiknya mudah meruap termasuk meruapkan air.

Molekul organik ini akan mudah untuk meruap jika dipanaskan, kerana panas yang dikeluarkan oleh api akan meruapkan semua senyawa organik volatil (mudah meruap) dan juga air. Sehingga yang didapati hanya senyawa karbon yang hampir murni dan karbon merupakan salah satu unsur yang ringan.

Struktur dari karbon ringan merupakan penghantar panas yang lemah, sehingga diperlukan waktu yang relatif lama untuk memindahkan panas dari bara ke kulit seseorang.

Tapi jika bara yang dihasilkan berasal dari bahan logam, maka perpindahan panas akan terjadi dalam waktu seketika dan seseorang akan mendapatkan luka bakar parah.

Itulah sebab kenapa aksi-aksi berjalan di atas api memang tidak membuat seseorang terbakar. Tapi memang tidak mudah melakukannya dan perlukan keahlian tertentu.

Jangan cuba aksi ini di rumah! Jika anda jatuh, ia akan membakar anda dengan teruk. Tetapi, di waktu akan datang, jika anda melihat acara berjalan atas bara api dilakukan, anda tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Video Penuh Gadis2 Jalan Atas Api

Video Lain (Mahasiswa S2 UNPAK berjalan di atas api – Student Day 2012)

By: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*