Penduduk Pelik Bila Terjadi Satu Fenomena Dimana Labah Labah Boleh Terbang

INI merupakan fenomena yang pasti membuatkan anda bingung!

Ratusan labah-labah kelihatan di udara di Minas Gerias di Brazil baru-baru ini.

Fenomena luar biasa ini menyebabkan ia menjadi tular di media sosial dan pelbagai andaian diberi oleh netizen seluruh dunia.

Disebabkan itu juga, penduduk di kawasan tersebut menamakannya sebagai fenomena hujan labah-labah.

Video yang tular ini dirakam oleh seorang warga Brazil, Joao Pedro Martinelli Fonseca yang sedang dalam perjalanan bersama keluarganya menuju Espirito Santo do Dourado yang terletak kira-kira 250 kilometer di timur laut Sao Paulo.

Menurut laporan The Guardian, seorang pakar dilaporkan berkata, kejadian ini merupakan satu kejadian biasa yang berlaku disebabkan oleh peningkatan suhu yang mendadak dan kering di wilayah tersebut.

Video Labah Labah Terbang

Sumber Artikel : Astro Awani

Artikel Seterusnya …

Labah-labah perangkap rentasi lautan?

LABAH-LABAH perangkap atau Moggridgea rainbow  kini ditemukan di Australia.  PRESS FROM

Labah-labah biasanya tidak bergerak jauh ter­utama dari kawasan bertelur, namun labah-labah perangkap atau nama saintifiknya, Moggridgea rainbow mungkin sudah merentasi lautan.

Berdasarkan kajian daripada jurnal PLOS ONE oleh Universiti Adelaide, sampel asid deoksiribonukleik (DNA) menunjukkan serangga berkenaan sebenarnya tergolong dalam spesies labah-labah perangkap yang sebelum ini ha­nya boleh ditemukan di Gondwana, Afrika Selatan.

“Bagaimanapun, serangga ter­sebut dipercayai berpecah kepada dua kumpulan sejak 16 juta tahun lalu sebelum merentasi Lautan Hindi sehingga ke kawasan perairan Australia dan mewujudkan habitat baharu.

“Dengan penggunaan teknologi jam molekul, pengkaji mendapati kewujudan kumpulan labah-labah perangkap di negara ini, mungkin disebabkan perpindahan menerusi manusia,” menurut kajian tersebut.

Dalam pada itu, para pengkaji menyatakan bahawa kumpulan labah-labah tersebut mungkin merentasi lautan menggunakan ce­bisan tumbuh-tumbuhan serta tanah yang dihanyutkan ke laut.

Labah-labah perangkap membuat sarang di kawasan tebing berhampiran pantai dan bertelur di dalam lubang.

Selepas telur menetas, serangga tersebut akan bergerak beberapa meter dari sarang asal untuk membuat lubang baharu dan seterusnya akan tinggal di dalam­nya untuk selama-lamanya. – AFP

Sumber Artikel: Utusan Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*