Malaysia Ada Pokok Petai Menangis, Luar Negara Pun Ada Pokok Menangis Tapi Air Dia Lebih Banyak

Pernah tular di Malaysia tidak lama dahulu mengenai pokok petai yang dikatakan telah ‘menangis’. Fenomena berkenaan sempat menarik perhatian penduduk sekitar dan menjadi bualan di alam maya apabila segelintir individu meminum ‘air mata’ pokok petai tersebut kerana percaya ia mujarab merawat pelbagai penyakit, sedangkan ianya terhasil dari air kencing sejenis serangga.

Jika di negara kita ada pokok petai ‘menangis’, di Montenegro juga ada pokok yang boleh mengalirkan air. Bezanya, pokok mulberi tersebut mengeluarkan air daripada batang pokoknya dan fenomena berkenaan sudah berlaku sejak sekian lama apabila tiba musim bunga.

Apabila di kawasan sekitar pokok mulberi berkenaan mula ditenggelami air, pokok tersebut kemudian secara perlahan-lahan bertukar menjadi sebuah ‘water fountain’ yang berterusan mengalirkan air.

Menurut penduduk tempatan, fenomena semula jadi ini sudah berlaku sejak 20 hingga 25 tahun yang lalu dan dia menjangkakan pokok berkenaan sudahpun berusia melebihi 100 tahun.

Katanya lagi, kawasan di mana pokok berkenaan berada mempunyai tekanan yang tinggi dan secara perlahan-lahan telah membentuk salur air melalui batang pokok tersebut dari semasa ke semasa.

Dia juga mendakwa bahawa penduduk kampung tidak melakukan apa-apa sebaliknya apa yang berlaku disebabkan fenomena semula jadi alam.

Malah, di kawasan sekitarnya juga terdapat banyak punca mata air yang membuak-buak keluar daripada Bumi. Saksikan fenomena aneh melalui video di bawah.

Sumber: SIA Amazing via Siakap Keli

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*