Rakaman Video OIeh Wanita Ini Dkwa Ada Bunyian Misteri Di Kubor Meminta ToIong

Kalau diimbas kembali beberapa tahun dulu jika anda masih ingat lagi, ada satu ceramah agama yang menceritakan tentang azab kubur.

Menariknya, dalam pengisian ceramah tersebut, penceramah berkenaan siap sertakan sekali satu bunyi yang didakwa rakaman suara manusia diazab di dalam kubur.

Namun sejauh mana kesahihannya, Wallahualam. Allah Maha Mengetahui.Tapi, begitulah juga situasi yang dialami oleh seorang individu bernama Natrah Ismail seperti yang dikongsikan di Facebooknya ini.

Dakwa ada ‘suara’ misteri di sebalik angin

Xde niat ape pn..Masa rakam angin kuat sangat.. Lepas rakam dgr balik.. Allahuakbar.. Fokus angin + suaraPeringatan untuk diri sendiri..Mati itu pasti.. #duniasementara..Akhirat kekal selamanya..Kite manusia..Nota segala kaki.. Masa tu akak sorg je.. Sgla jengkaut mmg xhidup.. #anakpengalikuburShare silakan..

Posted by Natrah Ismail on Friday, August 21, 2020

Baru-baru ini sekitar jam 3.45 petang, Natrah menerima panggilan daripada ayahnya di sebuah tanah perkuburan di Klang.

Ayahnya yang juga merupakan seorang penggali kubur memintanya untuk menghantar barang ke sana.Usai barang dihantar, ayahnya menuju ke pejabat sebentar menaiki motosikalnya

Sementara menanti kepulangan ayah, dia duduk sebentar di atas jentera milik ayahnya di tanah perkuburan tersebut secara bersendirian.

Disebabkan pada waktu itu angin yang berlalu agak kuat, maka dia pun mengeluarkan telefon pintarnya untuk merakam suasana di sana secara mode selfie.Namun, rakaman video tersebut menjadi tidak ‘kena’ apabila ada satu bunyi misteri dikesan di sebalik angin yang kuat tersebut.

“ Saya memang seorang masa tu..niat memang masa tu rakam video sebab angin kuat je. Masa rakam tu bunyi angin je. Rakam pun masa tu (dipost) dekat status WhatsApp je.Dah rakam, saya dengar balik..ulang-ulang ada bunyi lain. Ayah sampai, saya tunjuk video tu ayah marah..” katanya ketika dihubungi Siakap Keli hari ini.

Dalam pada itu, jelas Natrah, niatnya merakam video tersebut hanya sebab angin kuat, bukan kerana terdengar bunyi misteri itu terlebih dahulu.

“Kalau masa rakam dah dengar, saya memang lari dah takda tunggu,” jelasnya lagi.

Difahamkan, bunyi misteri itu dakwanya seakan-akan seperti suara orang minta tolong, sayup-sayup kedengaran dari arah kubur.

Ada netizen yang menyangka bahawa itu adalah bunyi jentera tersebut, namun dinafikannya kerana ia tidak dihidupkan pada waktu itu.

Sumber: FB Natrah Ismail Via SiakapKeli

Kredit : Awatttsyeikhhnetwork

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*