Ribuan Cengkerik Menyerang Tanah Suci Mekah. Lelaki Ini Menceritakan Apa Terjadi Ketika Berada Di Sana

Keadaan luar biasa dan tidak pernah dilihat, beribu-ribu serangga hitam menyerang masjid suci Mekah dan sebahagian besar bandar menyebabkan penduduk rata-rata bingung dengan fenomena itu.

Lelaki Ini Menceritakan Apa Terjadi Ketika Disitu

“Pada malam Sabtu saya sedang berdoa di Masjidil Haram dan kelihatan serangga itu dimana-mana, masjid itu seperti menarik mereka. Bukan hanya di halaman, tapi disekeliling Kaabah juga,” kata Abdulhwhab Soror, 64 kepada media tempatan.

“Saya tinggal di Mekah sudah lama, saya tak pernah saksikan sesuatu seperti ini sebelum ini,” katanya.

Gambar dan video-video berkenaan situasi itu tular di media sosial sejak semalam menunjukkan ribuan serangga melekat pada pakaian orang ramai dan berterbangan sehingga menutup dinding serta lantai masjid.

Pihak kerajaan turut dalam usaha menyelesaikan masalah itu dalam satu kenyataan menerusi laman Twitter rasmi mereka.

“Menggambarkan keadaan video kepada serangan serangga Masjidil Haram. Semua usaha, tenaga dan keupayaan Sekretariat telah dimanfaatkan untuk penghapusan serangga ini dengan cepat untuk memastikan keselamatan para jemaah Rumah Allah swt.”

Sumber Artikel: Siakap Keli

Doktor Ini Menceritakan Dari Mana Serangga Ini Datang Sebenarnya

Pelbagai persoalan dan spekulasi timbul mengenai fenomena pelik itu, lebih-lebih lagi bila ramai pengguna media sosial berkongsi imej serangga yang dilihat memenuhi sekolah,kedai-kedai dan juga melekat pada jubah yang dipakai seharian.

Menurut mereka, kehadiran jutaan cengkerik ini turut mengganggu kehidupan harian.

Orang ramai, khususnya warga net bingung dan mula tampil dengan pelbagai spekulasi yang mengaitkan kejadian ini sebagai ‘petanda’ dan aneh.

Dr Jacky Judas, pengurus dan penasihat saintifik biodiversiti daratan di World Wildlife Fund (WWF) berkata, ini merupakan kali pertama beliau menyaksikan fenomena sedemikian.

“Ini mungkin disebabkan penghijrahan kumpulan besar yang berjaya melepaskan diri dari satu kawasan tertutup, atau mungkin terdapat keadaan tertentu yang menyebabkan ia membiak dengan banyak,” kata Judas.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan memaklumkan mereka sudah melantik satu pasukan pembersihan khas untuk menangani masalah berkenaan.

Bagaimanapun, sebuah agensi berita tempatan melapor, ia bukan satu kejadian baru di Arab Saudi memandangkan sebelum ini juga negara itu pernah berdepan masalah serangan serangga termasuk belalang.

Sumber: FMT

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*