Sanggupkah Anda Guna Pakaian Dalam Untuk Jadi Topeng. Mereka Ini Sanggup, Asal Boleh Janji Tutup

BANGKOK: Warga Thailand sememangnya kreatif apabila selamba segan silu menggunakan coli dan seluar dalam sebagai ‘pelindung’ daripada menghirup udara toksik yang kini mencemari negara itu, susulan penjualan topeng muka N95 mendapat permintaan tinggi sehingga kebanyakan kedai kehabisan bekalan.

Sejak Ahad lalu, Bangkok diselimuti asap tebal yang berupaya membunuh hingga mencetuskan amaran kesihatan malah kerajaan terdesak untuk membuat hujan tiruan.

Asap toksik dengan campuran zarah halus, lapan kali lebih tinggi daripada paras selamat, dijangka berterusan sekurang-kurangnya sehingga bulan depan yang lebih diterukkan dengan cuaca panas dan lembap.

HARAP SELUAR DALAM INI BUKAN YANG TERPAKAI PUNYA ..

Keadaan itu membuatkan orang ramai memuat naik cara penyelesaian tersendiri untuk menghadapi awan toksik itu.

Coli antara alternatif popular apabila seorang lelaki menutup mulut dan hidungnya dengan coli merah dipercayai milik isterinya ketika menunggang motosikal.

Seorang wanita pula meletakkan sepasang seluar dalam merah jambu pada kepalanya sebagai cara menghalang asap daripada memasuki paru-parunya, lapor Daily Mail.

Pensyarah perubatan Universiti Chiang Mai, Rungsrit Kanjanavanit berkata: “Pihak berkuasa masih tidak menyedari bahaya sebenar pencemaran udara kerana ancamannya tidak kelihatan kepada manusia seperti bencana dan penyakit yang boleh membunuh manusia secara serta-merta.

“Impak kepada kesihatan kita akibat PM2.5 adalah lebih halus dan memerlukan masa lama sebelum orang ramai jatuh sakit akibat pencemaran udara. Pihak berkuasa memandang rendah ancaman kematian PM2.5 kepada kesihatan kita.”

Sumber Artikel: HMETRO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*