Saudi Arabia: Video Semut Mengeluarkan Telur Dan Makanan Untuk Dikeringkan Selepas Banjir

Banjir boleh menyebabkan orang ramai meninggalkan rumah mereka, tetapi semut yang tinggal di bawah tanah boleh mengekalkan sarang mereka dalam keadaan yang kering dengan mengeluarkan air banjir tersebut.

Secara umumnya, kebanjiran dalam kawasan sarang memberi kesan yang buruk kepada semut. Begitu juga dengan semut yang bersarang pada bahagian kanopi hutan hujan tropika dimana pengaliran air yang deras boleh memberi ancaman diluar dugaan.

Pembinaan sarang dengan menggunakan atau disambungkan dengan daun yang ‘kalis air’ adalah merupakan satu fenomena yang biasa, tetapi hanya sedikit sahaja maklumat yang ada mengenai sifat-sifat semut arboreal yang bersarang pada lubang tumbuhan untuk mengawal banjir.

Ulrich Maschwitz dan Joachim Moog dari Universiti Frankfurt telah mengkaji corak kelakuan semut yang bersarang pada buluh ketika banjir berlaku.

Cataulacus muticus telah membangunkan dua peringkat tindakan terhadap banjir pada sarang mereka. Peringkat A: Mereka menghalang laluan air tersebut dengan menggunakan kepala mereka. Sekiranya teknik ini tidak berkesan untuk menghalang air, maka bertukar ke Plan B: Mula minum. Beratus-ratus semut akan pergi ke kawasan air yang tidak diingini dan mengumuhkan air tersebut keluar dari sarang.

Penyelidik telah merekabentuk satu makmal eksperimen yang ringkas untuk memerhatikan tindakan semut. Tiga koloni semut telah bersarang pada satu tiub plastik yang lutsinar yang mempunyai bentuk yang sama dengan habitat semulajadinya pada buluh.

Apabila mereka meletakkan dua mililiter – kira-kira setengah sudu – air yang berwarna ke dalam sarang, mereka mendapati semut tersebut minum air itu, sebelum keluar dari sarang dan mengumuhkan titisan air yang agak banyak. Selepas dua hari, kira-kira 800 semut berkerja bersama-sama minum air tersebut dan membuat kira-kira 3000 kali perjalanan ke ‘tandas’.

Cataulacus muticus adalah satu-satunya semut yang dikenali sebagai boleh mengumuhkan air keluar sebagai ‘air kencing’ walaupun ada juga terdapat semut yang boleh ‘meludah’ air dari sarang.

Cara lain bagi pertahanan banjir telah dilaporkan berlaku pada spesies semut pseudomyrmecine iaitu Tetraponera binghami yang berhabitat pada internod bambu (Klein et al. 1994) dan beberapa spesies formicine dari genus Cladomyrma (Moog et al. 1997) yang mendiami di tumbuhan semut yang hidup. Maksud lain bagi kawalan banjir bagi semut termasuklah membawa titisan air dengan melekatkan titisan tersebut pada badan mereka (Camponotus (Colobopsis) sp. 1, Federle et al. 1998) dan mengurangkan laluan air ke sarang dengan menghalang laluan masuk ke sarang dengan menggunakan kepala mereka (Polyrhachis schellerichar, Schellerich-Kaaden et al. 1997).

Tetapi cara ini adalah terhad kepada semut yang tinggal dalam batang. Bagi spesies yang boleh berpindah sarang mereka dengan mudah, sebagai contoh semut yang bersarang pada kayu reput, mereka lebih suka untuk berpindah. Kecenderungan untuk menimba air bagi semut yang bersarang pada batang di hutan Malaysia membolehkan mereka untuk bersarang dalam mikrohabitat yang mana masalah banjir adalah satu fenomena yang biasa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*