Sejauh Mana Anda Mengawasi Anak Anda. Rakaman Video Anak Kecil Ini Memanjat Dinding Rumah Flat

Sejauh manakah anda tahu pergerakkan anak anak anda? Memang kadang kadang kita tidak cukup masa atau sibuk dengan hal hal masing tetapi kita kena selalu awasi di mana anak kita berada.

Sudah banyak kes kes di mana kanak kanak jatuh dari tempat tinggi. Bukan nak beritahu bahawa ibu bapa mereka tidak ambil tahu tetapi kanak kanak ini tidak perlukan masa yang lama untuk buat sesuatu. Mereka (kanak kanak) masih lagi tidak boleh bezakan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang selamat mana yang bahaya. Disebabkan itu kita sebagai ibu bapa harus mengambil peranan yang penting untuk mendidik anak anak kita.

Jatuh Dari Rumah Tinggi

Dalam tahun ini sahaja sudah berapa banyak kes yang keluar di media sosial atau media berita mengenai kanak kanak jatuh dari tempat tinggi atau jatuh dari rumah pangsapuri. Ada kediaman yang tiada ciri keselamatan seperti balkoni tiada grill atau dinding pangsapuri terlalu rendah.

Tular Kanak Kanak Memanjat DindingĀ 

Video rakaman yang dipetik dari group FacebookĀ Penduduk Sungai Petani Kedah menunjukkan seorang kanak kanak berbaju hijau yang dijangkakan dalam lingkungan 5-8 tahun sedang asyik memanjat dinding. Berapa ketinggian atau tingkat berapa tidak dapat dipastikan. Lokasi juga tidak dapat dipastikan.

Rata rata netizen mengecam si perakam video kerana tidak buat sesuatu seperti menjerit atau pergi ke kanak kanak tersebut supaya berhenti buat kerja yang merbahaya itu. Video yang berdurasi 22 saat itu membuat ramai tidak puas hati.

Sekiranya kita nampak sendiri janganlah fikir untuk mengambil video semata mata untuk meraih jumlah view atau likes. Lakukan tanggungjawab anda.

Kesimpulanya

Jadi ditanya lagi sekali, sejauh mana anda tahu anak anda berada di mana? Munkin selepas ini anda boleh mengajar mereka tentang bahaya di rumah tinggi. Seharusnya kita kena bertanggungjawab dengan keselamatan anak anak kita. Memang malang tidak berbau tetapi kita harus ambil langkah berjaga jaga. Semoga segala musibah dapat kita elakkan. Insyallah.

By: KL VIRAL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*