Seorang Lelaki Dijumpai Tersangkut Pada Rim Lori. Selepas Ditanya, Jawapan Dia Bagi Buat Ramai Orang Tergamam

Setiap masyarakat mempunyai kepercayaan tahyul tersendiri. Kepercayaan ini mungkin diwarisi sejak turun-temurun, atau muncul akibat kejadian-kejadian tertentu.

Ada juga kepercayaan pengamal ilmu hitam yang kononnya boleh menjelma pelbagai bentuk termasuk menjadi binatang tertentu.

Yang terbaru satu insiden berlaku di Ebolowa, Cameroon kononnya seorang lelaki mampu menjelma menjadi lipas.

Baru-baru ini seorang lelaki di Ebolowa,Cameroon menggemparkan media , dia dijumpai sedang termenung di atas tunggul pokok sendirian, apa yang mengejutkan orang ramai hairan bagaimana Rim Lori tersangkut di pinggangnya.

Seorang lelaki separuh umur berbaju jersey bolasepak Cameroon dan berseluar jeans dijumpai duduk termenung di atas tunggul pokok. Orang ramai yang berkerumun hairan bagaimana rim trak boleh tersangkut di pinggangnya. Selepas ditanya dia memberikan jawapan yang tidak masuk akal dan melucukan.

Selepas ditanya, dia memberikan jawapan yang tidak masuk akal dan membuat orang awam yang berhimpun menyaksikannya tergelak.

“Semalam saya menjelma jadi lipas, akibat mengantuk dan penat saya tidur didalam rim ini, pagi tadi semasa terjaga saya terus menjelma jadi manusia kembali. Pasal itu saya tersangkut dalam rim ini, ujarnya.

Sepatutnya sebelum saya nak bertukar kembali jadi manusia, saya keluar dulu dari rim dan baru menjelma jadi manusia tambahnya menjelaskan keadaannya.

Orang ramai masih lagi bingung sama ada cerita lelaki itu betul atau dia sengaja mereka cerita. Namun apapun, yang pasti lelaki tersebut masih tersepit didalam rim lori dan mereka sedang berusaha untuk mengeluarkannya.

Sudah tentu alasannya mengundang tawa bagi yang tidak mempercayai perkara-perkara mistik. Jadi buat para pembaca budiman, janganlah gelakkan pakcik ni. Mungkin dia kurang siuman sehingga merasakan dirinya mampu menjelma menjadi lipas. Barangkali dia lupa makan ubat.

ATAU mungkin juga dia benar-benar mampu bertukar menjadi lipas. Karut? Lucu? Ah! Kalau cerita manusia bertukar jadi babi, perempuan melahirkan ular, anak derhaka disumpah menjadi biawak korang percaya, mengapa tidak yang ini?

Kredit : EBerita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*