Terkejut Semua Orang Bila Tahu Sebab Kenapa Suami Ini Belikan 55 Ribu Helai Gaun Berbeza Untuk Isteri Dia.

Sepasang suami isteri memiliki kira-kira 55,000 helai baju gaun pelbagai jenis yang di simpan di dalam sebuah bilik di rumah mereka. Kesemua gaun tersebut dikatakan tidak boleh didapatkan di mana-mana butik di luar.

Paul Brockmann, 80 membelikan pelbagai fesyen gaun untuk isterinya supaya beliau tidak perlu memakai baju yang sama setiap kali ada acara atau kegunaan harian.

“Setiap kali saya jumpa baju yang cantik, saya pasti akan membeli untuk isteri saya supaya dia tidak perlu memakai baju yang sama berulang-ulang,” jelasnya.

Tambah Paul lagi, dia mula minat membeli pelbagai jenis gaun buat isterinya semenjak kali pertama berjumpa dengan isterinya dan dia memakai sehelai gaun yang membuatkannya kelihatan cantik.

“Isteri saya kelihatan sangat cantik memakai gaun pada malam itu dan bermula dari situ saya menanam azam untuk membelikannya gaun yang banyak.

“Saya minat dengan fesyen-fesyen baju dan isteri saya mengikuti kehendak saya,” ujarnya.

Bagaimanapun, anak perempuan pasangan tersebut memberi saranan kepada mereka untuk tidak lagi membeli baju tetapi menjual separuh baju-baju tersebut berikutan tempat penyimpanan barang sudah dipenuhi dengan kain baju.

Sumber: Scoop Whoop

Sumber Artikel: Siakap Keli

Notakaki: Boleh dah para para isteri untuk share dan tag suami anda. Nak isteri cantik kena lah keluar modal sikit hahaha! – KL VIRAL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*