Video Seorang Perokok Mengukur Jarak Yang Tepat Untuk Menghisap Rokok Membuat Netizen Geli Hati

Hari pertama dilarang menghisap rokok di dalam premis restoren mengundang bermacam macam reaksi. Ada yang membuat parodi seperti perkara ini kelakar.

Salah satu gambar cara ukur jarak yang tular 

Perokok guna pita ukur bagi mengukur jarak 3 meter dari kedai makan

ADEGAN perokok menggunakan pita ukur bagi mengukur jarak kedai makan dengan kawasan yang dibolehkan merokok, menarik perhatian netizen yang menggambarkan tindakan itu sebagai mencuit hati.

Menerusi video berdurasi 22 saat yang dimuat naik di laman media sosial Facebook, seorang perokok memegang pita pengukur manakala rakannya turut bantu mengukur jarak 3 meter seperti yang diarahkan Kementerian Kesihatan.

Seorang lelaki yang merakam adegan berkenaan turut menyatakan dengan jelas arahan tersebut.

“Kawan-kawan yang nak hisap rokok kena duduk jauh-jauh, ukur! Baru boleh. Tuan kedai pun tak bagi hisap rokok dalam kedai,” katanya.

Bermula 1 Januari 2019, semua tempat makan sama ada berhawa dingin atau tidak, adalah diwartakan sebagai tempat dilarang merokok.

Larangan itu adalah mengikut pindaan pewartaan tempat makan di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004), bertujuan melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap rokok.

Video Bagaimana Keadaan Seorang Perokok Mengukur Jarak Selamat Merokok

Sumber Artikel : Astro Awani

Notakaki: Admin tengok hari ini memang ramai yang hisap rokok tepi tembok. Dalam restoren memang takde langsung bau rokok. Bukan sahaja di restoren, admin pergi TESCO tadi pon tengok ramai hisap rokok jauh dari pintu masuk TESCO.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*