Akhirnya Syed Saddiq Beritahu Apa Yang Terbuku Dalam Hati Selama Dia Jadi Menteri

KUALA LUMPUR: “Saya sedia dikenakan tindakan dan tidak akan meminta maaf kerana menyuarakan pendapat saya.”

Itu yang ditegaskan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berhubung dakwaan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr P Ramasamy kononnya beliau menghina kebijaksanaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syed Saddiq menegaskan, beliau memasuki bidang politik bukan untuk menjadi ‘pak turut’ atau mendiamkan isu yang dibangkitkan rakyat.

Saya bukan pak turut – Syed Saddiq

“Saya tidak masuk politik untuk ‘play safe’. Saya tidak masuk politik untuk jadi pak turut. Saya tidak masuk politik untuk membisukan mulut dan memekakkan telinga apabila rakyat sudah pun bersuara,” katanya menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya.

Ramasamy sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan perlu diambil terhadap Syed Sadiq kerana menghina kebijaksanaan Dr Mahathir mengenai pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, dan menyokong desakan supaya Waytha Moorthy meletakkan jawatannya.

Syed Saddiq turut mencadangkan supaya Ramasamy menyuarakan pendapat sama terhadap pemimpin lain yang membuat desakan terhadap Waytha Moorthy.


STATUS yang dimuat naik Syed Saddiq di akaun Facebook rasminya.

Saya tidak masuk politik untuk “play safe”.

Saya tidak masuk politik untuk jadi “pak turut”.

Saya tidak masuk politik untuk membisukan mulut dan memekakkan telinga apabila rakyat sudah pun bersuara.

“Saya cadangkan Ramasamy untuk ambil tindakan ke atas Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Dr Afif Bahardin yang turut menyuarakan kebimbangan sama. Saya juga cadangkan Ramasamy ambil tindakan ke atas Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Jangan lupa sekolahkan juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk A Kadir Jasin,” katanya.

Katanya, Pemuda DAP sendiri sebelum ini pernah mendesak Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik supaya meletakkan jawatan sebaliknya ARMADA BERSATU dituduh sebagai pengkhianat apabila mendesak perkara sama terhadap Waytha Moorthy.

“Perkara ini tidak ada kena mengena dengan soal perkauman. Ini soal bersetuju untuk tidak bersetuju, bukan menekan hak rakyat menyatakan pendapat dengan bebas.

“Jadi YB (Ramasamy), jangan sesekali ingat kamu boleh mendiamkan anak muda ini,” katanya.

Menjawab kenyataan seorang pengguna Facebook kononnya beliau berani bersuara kerana dilindungi Dr Mahathir, Syed Saddiq berkata kelantangannya itu adalah disebabkan soal prinsip.

“Dulu bila saya dibuang kerja, saya tidak pernah jumpa Tun M (Dr Mahathir). Ini bukan soal Tun M, ini soal prinsip,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*