Najib Razak Buat Kejutan Di Cameron Highlands Bila Memberi 2 Rangkap Pantun Yang Memang Lain Dari Yang Lain Kepada PH

Najib sindir lagi: Dah 9 bulan, ‘anak’ PH belum nampak

Bekas perdana menteri Najib Razak tekal meneruskan serangan sinisnya terhadap PH. Kali ini beliau menyindir kegagalan kerajaan dalam menunaikan manifesto mereka dengan analogi baru.

Bercakap di hadapan kira-kira 100 orang penyokong setia BN di Kampung Lubuk Kulit di Padang Tengku, Najib melontarkan soalan kepada mereka sama ada mahu ditipu lagi dalam PRK pada 26 Jan ini.

“Kita sudah faham bahawa PRU ke-14 lalu ramai yang hari ini berasa terpedaya atau tertipu dengan janji-janji manis, tetapi sehingga hari ini setelah sembilan bulan janji tinggal janji.

“Kalau (PH sebelum ini) katanya: takkanlah hari ni kahwin esok nak dapat anak… itu PH kata.

“Sekarang dah sembilan bulan (sejak PH menjadi kerajaan) anak tak nampak-nampak. Nak cukup sembilan bulan, takkan nak tunggu 18 bulan?” katanya pada ucapan beliau ketika menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk kampung hari ini. SumberMKINI

Kerajaan celaru, Najib ajar cara buat kumpulan Whatsapp

NAJIB

Melihat kepada kecelaruan yang timbul dalam kalangan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH), bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi tunjuk ajar cara menubuhkan kumpulan WhatsApp bagi mengelakkan negara menjadi kucar-kacir.

Hal itu rentetan kepada tindakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon yang dikatakan membaca ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tanpa kebenaran dalam satu majlis hari ini.

Menurut Najib, teks ucapan yang dibaca Rashid dalam pelancaran projek pemasangan fiber gantian optik terbesar itu tidak pernah diluluskan Timbalan Perdana Menteri mahupun Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

“Timbalan Perdana Menteri juga tidak mewakilkan kepada sesiapa untuk membaca teks ucapan beliau pada majlis tersebut. Dr. Wan Azizah tidak pernah sama sekali berkata bahawa kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada pelaksanaan projek Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia (EM-IIG).

“Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh salah guna nama Timbalan Perdana Menteri dalam majlis pelancaran projek swasta? Maka negara bertambah kucar-kacir,” katanya menerusi status dalam laman Facebook beliau hari ini.

Najib turut melampirkan tangkap layar gambar untuk menunjukkan cara-cara menubuhkan kumpulan WhatsApp dalam status tersebut.

“Anda rasa rakyat ada masa untuk pening kepala?” tambahnya – Sumber Artikel : Utusan Online

Pantun Najib Razak Kepada Pakatan Harapan .

Najib Razak berada di Cameron Highlands hari ini. Beliau sempat memberi 2 rangkap pantun yang pedas bunyinya .. Anda nilaikan la sendiri ..

Seronok Najib Razak sekarang .. habis semua kena troll .. #MALUAPABOSSKU

Edited: KL VIRAL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*