Pihak Media Tunggu Depan Rumah, Tak Perasan Rupanya Dr Wan Azizah Keluar Naik Perodua Myvi

Terdahulu desas desus pertukaran atau pembentukan krajaan melalui gabungan baru heboh diperkatakan sejak petang tadi.

Ia berikutan Dr Mahathir beserta enam wakil dari parti lain dilihat tiba di 1stana negara.

Difahamkan juga sudah gabungan itu sudah ada 130 kerusi. Itu jumlah kerusi diperoleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membolehkan pensejajaran semula krajaan dalam masa terdekat.

Sumber memberitahu, jumlah itu sudah dicapai melalui persetujuan persetujuan kolektif lima parti membabitkan Prti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO, serpihan PKR, PAS dan Amanah.

Katanya, kehadiran beramai-ramai ke Hotel Sheraton Petaling Jaya, pada malam ini bagi menunjukkan bahawa kesepakatan sudah dicapai dan ia bukan lagi cakap kosong mana-mana pihak.

” Ia akan membabitkan perubahan di beberapa negeri iaitu Kedah dan Perak. Apapun ini adalah sejarah negara dan simbol penyatuan di negara ini.

” Ini adalah penyatuan keluarga besar umat Islam dan kita harap ia akan menjadi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Persekitaran rumah Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim tiba-tiba turut menjadi tumpuan hari ini apabila desas desus pembentukan krajaan baharu akan berlaku dalam masa terdekat.

Difahamkan sebahagian penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Zikir dan Selawat Nurul Anwar di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. Mereka turut menunaikan solat magrib berjemaah di perkarangan rumah.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dilihat meninggalkan kediaman persendiriannya di Kuala Lumpur, 8.15 malam tadi.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR itu yang memakai baju kurung dan bertudung putih, hanya menaiki kereta Perodua Myvi ketika menyusuri keluar dari perkarangan rumahnya.

‘Helah’ itu secara tidak langsung menyebabkan kira-kira 50 wakil media dan jurukamera yang berada di laluan keluar rumahnya gagal mengenal pasti Dr Wan Azizah dalam kenderaan terbabit.

Meskipun cuba mendapatkan butiran lanjut, media yang mula berkampung di situ sejak 5 petang tidak dimaklumkan mengenai lokasi ingin dituju kenderaan dinaiki Dr Wan Azizah.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim difahamkan masih berada di dalam kediamannya, selepas selesai menunaikan solat maghrib secara berjemaah pada 7.30 malam tadi.

Terdahulu, majlis doa selamat dan solat sunat hajat diadakan di kediaman persendirian Anwar, dengan dihadiri kira-kira 300 hadirin, merangkumi pemimpin politik serta penduduk setempat.

Sementara itu berdasarkan maklumat terbaru, Presiden PKR Anwar Ibrahim dijangka akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di 1stana Negara, Kuala Lumpur esok.

Setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak memberitahu Malaysiakini yang pertemuan itu dijadual pada pukul dua petang.

” Ia sudah dirancang lebih awal,” katanya lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Kredit: HMETRO via M.United

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*