Ini Kata Kata DS Anwar Ibrahim Bila Ada Cubaan Kh1anat Terhadap Kerajaan PH. Pengkh1anatan Bersatu, Segelintir Ahli PKR

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan terdapat percubaan pengkh1anatan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kata beliau, percubaan itu membabitkan kerajaan Bersatu dan segelintir pihak dari parti PKR.

Beliau berkata demikian sebelum menjawab soalan tazkirah selepas solat Maghrib, di kediamannya di Kampung Segambut Dalam, Kuala Lumpur.

” Sekarang kita menunggu maklumat lanjut tetapi ada percubaan menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan membabitkan bekas rakan kita Bersatu dan segelintir dari PKR yang khianat.

” Mereka sudah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong petang tadi namun belum ada pengumuman lanjut,” katanya.

Anwar berkata, beliau tidak mempunyai maklumat penuh mengenai penubuhan kerajaan baharu.

” Soalan mengenai kerajaan baharu… saya belum mendapat maklumat penuh lagi,” katanya dalam tazkirah yang disiarkan secara langsung di Facebook Parti Keadilan Rakyat.

Pada sesi tazkirah itu juga, Anwar kelihatan sentiasa memeriksa telefon bimbitnya.

Wartawan yang berhimpun di hadapan kediamannya tidak dapat mengikuti atau mendengar sesi tazkirah itu apabila diminta keluar selepas solat Maghrib tadi.Ini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: HMETRO

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*