Teruk Dikecam Netizen Akhirnya Lim Guan Eng Tampil Beri Penjelasan Kenapa Dia Dikatakan Tidur Dalam Parlimen

“TAKKAN Setiausaha Agung UMNO @AnnuarMusa (Tan Sri Annuar Musa) hilang modal politik cari isu macam ini.”

Demikian jawapan balas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terhadap kenyataan Annuar yang dimuat naik di Twitternya hari ini merujuk kepada aksinya sedang memejamkan mata ketika sesi perbahasan Bajet 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

“Mata saya sedikit kurang sihat seperti sesi Parlimen yang lepas, tetapi masih hadir perbahasan Parlimen untuk dengar ucapan wakil Ketua Pembangkang @Khairykj (Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin) dan sempat catit nota sambil rehatkan mata,” katanya.

Malah, dalam jawapannya itu, Ahli Parlimen Bagan itu turut berkongsi catatannya pada sekeping kertas A4 membuktikan beliau memberi perhatian kepada perbahasan Khairy.

Annuar menerusi catatan di Twitternya, hari ini menyelar Guan Eng yang didakwa tidur ketika wakil Barisan Nasional (BN) membahaskan Belanjawan 2019.

“Shadow MenKew BN sedang membahaskan BAJET 2019 mengemukakan Initiatif Ekonomi Rakyat (IER)/@bajet alternatif..MenKew Kerajaan tertidur…atau terus tidur???,” tulisnya.

Perisitiwa aksi tidur yang dirakam seperti ini pernah menjadi tular di media sosial pada 2016 apabila Menteri Besar Kedah ketika itu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah tertidur ketika ucapan sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah di Istana Anak Bukit.

Ahmad Bashah kemudian menjelaskan ketika itu beliau bukan tertidur sebaliknya hanya pejam mata seketika dan perkara itu pun sudah diterangkan kepada Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak.

“Mereka mengambil gambar itu kemudian disebarkan sehingga menjadi ‘viral’. Mengapa gambar saya dari sudut lain tidak diambil dan hanya memfokuskan ketika itu.

“Ini kerana kebiasaannya di dalam Parlimen atau sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) pun perkara pejam mata seketika ini berlaku kerana kadangkala kita lebih berasa seronok (khusyuk) dengar perbahasan atau ucapan dengan mata sedikit tertutup,” katanya dipetik berkata.

SUMBER : HMETRO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*