PuIangkan Mandat Rakyat, Jangan JuaI Agama – Ketua Pemuda Harapan

MALAYSIA: Perikatan Nasional dituduh merampas kuasa walaupun sudah ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14. Perikatan dikatakan telah membuat langkah Sheraton ketika dunia dan rakyat Malaysia sedang menghadapi pandemik CoV-19

Menurut Ketua Pemuda Harapan, mereka yang dapat kuasa secara tidak benar (tipu) kini sedang sibuk memberi jawatan, GLC yang bergaji lumayan kepada Ahli Politik dan Adun bagi membeli sokongan waktu rakyat berdepan dengan krisis ekonomi yang paling teruk dalam sejarah negara.

Itulah kerja UMNO dan Perikatan Nasional kata Ketua Pemuda Harapan atau Ketua DAPSY.

Ada juga yang berpura-pura sebagai rakan seperjuangan atau kawan baik dalam Pakatan Harapan, namun mereka sebenarnya adalah duri dalam daging Parti BERSATU dan Pakatan Harapan, itu asal usulnya semuanya adalah UMNO.

Ada juga yang dahulu katanya tidak mahu berebut menjadi Perdana Menteri, namun dalam diam telah merampas kerusi sebagai PErdana Menteri, mengkhianati rakan dan sahabat serta bersekedudukan dengan musuh itu asal usulnya UMNO dan disokong oleh UMNO.

“Saya sangat berharap agar ketua pemuda UMNO segera muhasabah diri dengan sikap munafik politiknya. Sesungguhnya amanah rakyat adalah untuk Pakatan Harapan bukan Perikatan Nasional”

Biarkan rakyat untuk memilih kerajaan mereka bukan merampas kuasa.

Sebelum ini UMNO selalu mengatakan perjuangan mereka adalah demi AGAMA ISLAM. Sedangkan dalam Islam menitikberatkan soal amanah dalam kepimpinan.

Islam juga tidak akan mengajar penganutnya untuk bercakap tipu, apabila berjanji mestilah ditepati dan apabila diberi amanah jangan khianati.

Namun ini semua telah dilanggar oleh UMNO dan rakan-rakannya semasa Langkah Sheraton sebelum ini. Kembalikan lah semula amanah dan mandat rakyat.

Artikel asal: https://mhdaily.net/umno-diingatkan-jangan-jual-agama-pulangkan-kembali-mandat-rakyat-yang-dirampas/

KREDIT: RENTAS KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*