Terkini, TSMY Umum Satu Berita Baik. Rakyat Yang Layak Boleh Pohon Bermula Dari Tarikh Ini

Pelaksanaan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar akan memanfaatkan tiga juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta individu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sejak moratorium diperkenalkan pada 1 April lalu, sejumlah 243,000 PKS atau 95 peratus daripada keseluruhan peminjam PKS menerima manfaat dengan nilai RM20.7 bilion.

Beliau berkata, sekiranya lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya.

Justeru, katanya peminjam yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos ini.

“ Malah, sejak pembukaan ekonomi secara berperingkat pada Mei, aktiviti ekonomi di seluruh negara dilihat semakin rancak.

“ Kini, ada individu dan perniagaan yang mampu membayar semula pinjaman mereka.

“ Manakala, untuk tempoh yang sama, jumlah peminjam PKS yang memilih untuk tidak mengambil kemudahan ini telah meningkat daripada 5,000 kepada 13,000 peminjam,” katanya dalam pengumuman Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar, hari ini.

Muhyiddin berkata, bank-bank juga memberikan komitmen untuk membantu semua peminjam individu atau PKS, baik peniaga, penjaja atau mereka yang bekerja sendiri yang turut terkesan akibat C0VID-19.

Beliau berkata, bantuan yang ditawarkan ini bergantung kepada situasi peminjam, sama ada membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan atau memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan.

Bantuan juga, kata Perdana Menteri, mungkin memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil.

BERITA HARIAN ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*