Risteena Munim Ziarah Kubur Arwh Abam Bocey Buat Ramai Sayu

Pelakon Risteena Munim berkesempatan menz1arahi pusara pelawak, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam Bocey pada Jumaat siang.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon wanita berkenaan menerusi Instagramnya dengan memuat naik sepotong video yang dilihat sedang mendoakan Allahyrham.

“ Dah lama saya berhasrat untuk ziarah kvbur arwh Abam. Alhamdulillah saya berkesempatan pergi ziarah.

“ Banyak kali saya bekerja dengan arwh Abam.

“ Baik sangat-sangat. Semoga arwh ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin YRA. Al-Fatihah,” tulisnya.

Terdahulu, Abam, 32, men1nggaI dnia pada 10 Februari lalu di kediamannya di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Gombak.

Allahyrham meninggalkan isteri, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, dan seorang lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia lapan bulan.

Sementara itu Balu arwh Abam, Nor Hidayah Mohd. Ali memaklumkan bahawa dia akan menguruskan akaun Instagram milik suaminya, @abam_bocik.

Menurut Hidayah, akaun tersebut akan digunakan untuk berkongsi perihal anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

“ Assalamualaikum. Kepada semua pengikut Allahyrham Syed Umar Mokhtar (Abam Bocey), mulai hari ini (semalam) akaun Instagram ini akan dikendalikan oleh saya @hidayah_abam.

“ Saya akan update perkembangan terkini tentang anak kami, Syed Uthman Hamzah Syed Umar Mokhtar atas permintaan ramai yang mahu mengikuti perkembangan baby Hamzah. Terima kasih atas doa kalian buat Hamzah dan saya selama ini.

Terima kasih kepada semua yang telah memberi kata semangat buat kami. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian,” tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di akaun Instagram Abam.

Menerusi posting tersebut, Hidayah turut memuat naik foto memaparkan anaknya, Hamzah selepas akaun tersebut tidak dikemas kini hampir sebulan.

Jelasnya lagi, buat masa ini, dia akan mengekalkan penggunaan nama akaun @abam_bocik buat sementara waktu.

“nSaya akan kekalkan nama @abam_bocik buat sementara waktu ini sementara menunggu pertukaraan username baru diluluskan oleh pihak Instagram untuk akaun ini. Terima kasih kepada semua,” kongsinya.

Akaun Instagram @abam_bocik mempunyai seramai 2.5 juta pengikut.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Dunia Dan Akhirat

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*