Di saat Jururawat Ini Melihat Wajah Doktor Yang Baru Masuk Ini Dia Merasakan Sesuatu Yang Tidak Kena

Kita selalu bertemu dengan orang-orang yang pernah kita kenali tetapi lama tidak berjumpa tidak kira di mana sahaja. Walaupun dunia ini luas tetapi pertemuan semula dengan orang yang pernah kita kenali bukanlah semuanya satu kebetulan semata-mata.

Begitu juga dengan kisah yang menjadi viral ini.

Seorang jururawat bernama Vilma Wong yang berusia 54 tahun menghabiskan separuh hidupnya berkhidmat di Hospital kanak-kanak Lucile Packard di Palo Alto, California. Vilma telah bekerja selama 32 tahun di Hospital tersebut.

Ketika Vilma berumur 22 tahun, dia pernah merawat dan menjaga seorang bayi bernama Brandon. Brandon yang lahir tidak matang dan beratnya hanya 2 kilogram lebih. Ianya berlaku pada tahun 1990.

Brandon telah menghabiskan lebih dari 40 hari di unit perawatan intensif neonatal (NICU) dengan tabung oksigen dan dijaga oleh Vilma.

Apabila dewasa, Brandon menjadi seorang doktor. Dia ditugaskan untuk berkhidmat di hospital uang menjadi tempat kelahirannya. apa yang lebih mengejutkan dia berkhidmat di unit di mana Wilma bekerja dan menjadi rakan kerjanya!

Vilma menyatakan ketika pertama kali melihat doktor baru itu dia merasakan dia pernah melihatnya dan ada sesuatu di yang terbayang bila melihat doktor itu.

Vilma akhirnya bertanya kepada Brandon dan setelah itu barulah dia mendapati bahwa Brandonlah bayi yang dijaganya suatu ketika dulu. Merka pun berpelukan dengan penuh terharu kerana tidak menyangka mereka bersama semula di tempat yang sama!

Bagi Vilma ianya seperti satu keajaiban dapat melihat bayi yang dulunya begitu kecil dan lemah, kini sudah dewasa, malahan menjadi doktor.

Brandon menceritakan bahawa ibunya, Laura Seminatore sempat menyuruhnya untuk mencari Vilma. Laura sendiri sangat mengingati kebaikan jururawat yang bernama Vilma Wong, kerana perawatan kepada Brandon diberikannya dengan penuh keikhlasan. Namun mereka tidak yakin apakah Vilma masih bekerja di hospital tersebut.

Tonton VIDEO Kisah Mereka di Bawah Ini

Begitulah suatu pertemuan antara dua insan yang pernah rapat tetapi ditemukan semula dalam suasana yang tidak sesekali mereka jangkakan!

Sumber: Youtube / beritakopak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*