Ini Permintaan Terakhir Arwaah Zaibo Kepada Isteri Sebelum Dia Pergi. Isteri Arwaah Menceritakan Apa Yang Berlaku Di Saat Terakhir Arwaah

Mohon doa semua buat Allahyarhaam

PELAKON veteran dan pelawak, Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, yang menderita kans3r esofagus m3ninggal dunia di rumahnya di Rengit, Batu Pahat, jam 1.30 tengah hari ini.

Berita sedih berkenaan dikongsi oleh anak tirinya, Hafiz dalam laman sosial Facebook (FB).

“Assalamualaikum, saya Hafiz. Mewakili pihak keluarga Zainal Ariffin Abd Hamid atau Zaibo ingin memaklumkan bahawa ayah pergi dijemput Ilahi pada jam 1.30 tengah hari ini.

“Mohon doa semua agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan insan terpilih… Aminn,” katanya.

Sementara itu, Presiden Yayasan Kebajikan Artis Malaysia (YKAT) Datuk DJ Dave turut mengesahkan hal berkenaan.

“Saya diberitahu oleh isteri beliau sendiri, Puan Hawa mengenai berita sedih ini. Zaibo m3ninggal dunia sekitar pukul 1 tengah hari ini dan akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor selepas Isyak malam ini,” katanya.

Isnin lalu, Zaibo sempat menerima kunjungan Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bersama suaminya Dennis Muhammad Abdullah.

Allahyarham dikesan mengidap kans3r esofagus tahap empat pada 27 Ogos lalu pernah menjalani rawatan di Hospital Batu Pahat dan Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor bagi menjalani siri ujian dan pemeriksaan, selain dirujuk ke Institut Kans3r Negara (IKN) Putrajaya.

Allahyarham popular menerusi watak Pak Selamat dalam sitkom Spanar Jaya, selain turut berlakon filem Anna & the King. SUMBER : HMETRO ONLINE

Ini Permintaan Terakhir Zaibo Kepada Isteri

“SUAMI sempat minta mandi dan ambilkan wuduk. Tidak lama selepas itu dia sudah tiada,” kata Siti Hawa Sawal, isteri Allahyarham Zaibo yang m3ninggal dunia hari ini.

Siti Hawa ketika dihubungi berkata, suaminya menghembuskan nafas terakhir di sisinya, anak-anak dan keluarga terdekat 1.30 petang tadi di kediaman mereka di Batu Pahat, Johor.

“Alhamdulillah, rezeki dia (suami) pergi dengan mudah. Sebelum m3ninggal dunia, arwah cakap dia panas dan minta dimandikan.

“Buat masa ini, saya mohon maaf kerana tidak boleh memberi komen lanjut kerana masih terkejut dan terlalu sedih dengan pemergiannya.

“Insya-Allah, biarlah saya uruskan semuanya terlebih dahulu dan sedia memberikan kenyataan selepas ini. Apa pun, terima kasih diucapkan,” katanya.

J3nazah akan dimandikan dan disolatkan di rumah mereka di Rengit dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rengit selepas solat Isyak.

Sebelum ini, Allahyarham pernah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani rawatan lanjut selepas dirujuk oleh Hospital Batu Pahat.

Pelakon yang mencipta nama menerusi sitkom Spanar Jaya itu mulai merasai tanda-tanda sakiit dua minggu selepas Aidilfitri lalu.

SUMBER : HMETRO ONLINE

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*