Kecoh Di Pasar. Tindakan Tiba-Tiba Lelaki Ni Buat Makcik Tu Amat TERKEJUT

Macam-macam cerita yang keluar di sepanjang bulan Ramadhan. Ada cerita sedih ada cerita gembira, ada cerita yang penuh kontroversi ada juga cerita suam-suam sahaja.

Bgeitulah dia coretan hidup,paling penting kita mengambil pengajaran dari setiap cerita yang di hidangkan di hadapan mata kita.

Ramadhan juga menyaksikan banyak umat manusia yang berpusu-pusu mahu membantu orang lain baik dari segi tenaga mahupun pemberian dari segi kewangan. Bagi anda yang mampu, anda juga boleh membantu orang lain dengan kewangan yang anda ada. Ia adalah satu kegembiraan yang sangat besar kepada si penerima dan menjadi asbab terbukanya lebih banyak rezeki kepada si pemberi.

Mari kita baca kisah di bawah, semoga menjadi pengajaran buat kita semua :

Itulah juga di pegang oleh seorang pemuda yang baik hati dan pemurah ini iaitu Syed Azmi. Syed Azmi mungkin tidak dikenali ramai orang namun dalam badan NGO, dia di kenali kerana sering aktif mengikuti banyak aktiviti dan rencana membantu ramai orang.

Kisah Syed Azmi ini mungkin perlu di ambil contoh oleh orang ramai.

Suatu hari Syed Azmi pergi ke sebuah baazar ramadan dan melihat-lihat penjual kuih yang meniaga di situ. Dalam banyak-banyak gerai yang menjual kuih, ada satu kedai yang berjaya menarik perhatian Syed Azmi. Kedai itu menjual kuih-muih oleh seorang mak cik dan di bantu oleh anak-anaknya yang masih muda dan ada yang masih kecil. Kagum melihat betapa rajinnya anak-anak yang masih muda itu membantu itu mereka, Syed Azmi terus menyapa dan bertanya kapada mereka.

Adakah semua kuih itu boleh di beli olehnya sekaligus tetapi soalan itu di anggap gurauan oleh mak cik tersebut. Kata Syed Azmi dia berniat untuk membeli semua kuih itu supaya mak cik dan anak-anak dapat pulang awal untuk berbuka puasa di rumah. Mak cik itu tidak tahu berapakah jumlah bayaran yang perlu di tetapkan untuk kesemua kuih itu. Namun Syed Azmi memutuskan untuk bertanyakan berapakah jumlah jualannya yang biasa dia dapat dalam sehari. Katanya jualan kuih mereka mencecah RM 150  sehari. Syed Azmi pun memutuskan untuk membeli semua kuih itu dengan nilai lebih sedikit dari RM 150.

Setelah mak cik itu bersetuju untuk menjual kesemua kuihnya, Syed Azmi memanggil orang sekeliling untuk mengambil semua kuih-muih itu secara percuma.

“Onde-onde percuma… Onde-onde percuma..”

Melihat jeritan Syed Azmi itu ramai yang datang untuk mengambil kesemua kuih mak cik itu secara percuma tanpa membayar apa-apa.

Untuk pengetahuan anda, Syed Azmi dan Team NGO sudah biasa melakukan kerja amal ini apabila pergi ke tempat-tempat tertentu. Semoga kisah ini akan menjadi inspirasi buat kita semua supaya yang baik kita jadikan ikutan bersama.

Sumber : Cerpen Viral

Sumber: Syed Azmi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*