Kenapa Dua Beradik Ini Menyorok Bawah Bas Gadai Nyawa Selama 3 Jam Akhirnya Terbongkar. Ini Yang Terjadi Sebenarnya

Dua kanak-kanak sanggup menyorok dibawah bas sepanjang 80 kilometer (km) perjalanan selama tiga jam semata-mata mahu berjumpa ibu bapa mereka yang bekerja di bandar.

Kanak-kanak tersebut dipercayai datang dari sebuah perkampungan miskin di kawasan pedalaman di Nazuo, Wilayah Guangxi.

Menurut sumber Southern Morning Post, kanak-kanak berusia sekitar lapan dan sembilan tahun itu, ditemui diselaputi lumpur oleh seorang pekerja keselamatan apabila bas berkenaan berhenti di sebuah stesen di daerah Xilin.

“Mereka sangat kurus sehingga mampu menyelit di bahagian bawah bas itu dan sanggup menggadai nyawa berpaut sepanjang perjalanan semata-mata rindu mahu menemui ibu bapa,” kata seorang pekerja stesen bas.

Sebelum itu, mereka dikatakan melarikan diri dari sekolah sebelum sesi pembelajaran bermula dan mencari ruang di bahagian bawah bas itu sebagai tempat menyorok.

Dua beradik itu ‘menumpang’ bas yang melakukan perjalanan dari Nazuo ke Baise kerana diberitahu saudara-mara bahawa ibu bapa mereka bekerja di sana.

Anggota badan kanak-kanak terbabit dipenuhi lumpur kerana terlibat dengan perjalanan yang agak jauh sebelum dibantu oleh pekerja stesen itu yang mencuci pakaian dan memberi makanan kepada mereka.

Sementara itu, mereka menumpang bas yang membuat perjalanan dari Nazuo ke Baise kerana diberitahu saudara-mara bahawa ibu bapa mereka bekerja di sana.

“Ibu bapa mereka sebenarnya bekerja lebih jauh iaitu di wilayah Guangdong, namun saudara-mara memberitahu bekerja di Baise sekadar untuk ‘menyedapkan hati’ mereka,”kata pekerja itu.

Berdasarkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di China, dianggarkan terdapat sekitar 23 juta kanak-kanak terpaksa ditinggalkan di kawasan pedalaman negara itu.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan aktivis dan NGO yang menegaskan bahawa kanak-kanak tidak boleh ditinggalkan bersendirian di rumah tanpa penjaga.

Keluarga kanak-kanak itu mengambil mereka selepas mendapat maklumat mengenai penemuan mereka pada petang hari yang sama.

Sumber : BBC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*