Lelaki Ini Kongsi Kisah Nenek Yang Menangis Kelaparan. Menitis Air Mata Mendengar Luahan Nenek Ini. Anak Kepada Nenek Ini Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

KISAH seorang nenek berusia 72 tahun dalam keadaan bertongkat dan berjalan seorang diri di satu jalan besar dekat Kota Tinggi, Johor demi mencari sesuap nasi tular di media sosial.

Video perkongsian Ahmad Afthdal Khairuddin mengenai kisah nenek tersebut di Facebooknya pada Khamis mendapat pelbagai reaksi netizen.

Ada yang memuji tindakan pemuda berusia 25 tahun itu dan tidak kurang juga terdapat netizen yang mengkritik keluarga warga emas berkenaan.

Namun Ahmad Afthdal ketika dihubungi mStar Online berkata dia amat terkilan apabila video tersebut disalah tafsir oleh netizen.

“Niat saya hanya mahu orang ramai membantu nenek itu sekiranya mereka terserempak dengannya pada masa akan datang.

“Tapi tak sangka jadi lain ceritanya apabila video ini sampai ke blog-blog. Jadi saya minta netizen supaya berhenti mencemuh keluarga mangsa.

“Lagipun dalam posting asal saya di Facebook, saya tak pernah memberi sebarang kenyataan berbaur negatif,” katanya.

Menurut Ahmad Afthdal atau lebih dikenali sebagai Adal, anak kepada warga emas itu telah menghubunginya untuk menjelaskan perkara sebenar.

Ahmad Afthdal Khairuddin. 

“Saya dihubungi dua orang anaknya semalam (Khamis) masing-masing di luar Johor, memaklumkan mereka ada mengirim wang bulanan dan turut membayar sewa rumahnya.

“Malah mereka beritahu turut mengajak ibu mereka itu untuk tinggal bersama tetapi ibu mereka tak mahu tinggalkan rumah,” katanya.

Susulan itu, Adal berkata dia turut memadam video tersebut atas permintaan dua anaknya.

VIDEO DIPADAMKAN

“Mereka minta saya padamkan. Jadi saya pun terus padamkan video tersebut bagi menghormati permintaan anak-anaknya.

“Saya juga minta netizen supaya berhenti sebar video tersebut bagi menjaga aib dan maruah keluarga mangsa,” kata Adal yang bekerja sebagai ejen insurans.

Saya tanya dia nak pergi mana, dia kata dia lapar tak makan. Jadi saya pun papah dia naik atas motosikal.
Ahmad Afthdal Khairuddin
Ejen Insurans

Ditanya mengenai pertemuan dengan nenek tersebut, Adal berkata semasa kejadian dia dalam perjalanan ke sebuah bank menghala ke bandar Kota Tinggi sebelum terserempak dengannya.

“Waktu tu sekitar pukul 4 petang. Saya ternampak seorang nenek jalan bertongkat di Jalan Lukut Cina dalam keadaan hujan panas.

Nenek tersebut semasa dihantar pulang oleh Adal ke rumahnya. – Foto ihsan Adal.

“Saya terus berhentikan motosikal. Saya tak sanggup tengok dia jalan dalam keadaan hujan panas.

“Saya tanya dia nak pergi mana, dia kata dia lapar tak makan. Jadi saya pun papah dia naik atas motosikal.

“Lepas tu saya bawa dia ke gerai makan. Saya juga bungkuskan makanan untuk dia bawa balik. Selepas dia selesai makan saya pun hantar dia balik ke Taman Aman,” katanya.

Pada masa sama Adal berkata dia dimaklumkan oleh jiran nenek tersebut bahawa warga emas itu sering keluar meskipun dalam keadaannya yang uzur.

“Perkara itu sukar dihalang. Kebetulan Allah hantarkan saya nak lalu jalan itu. Jadi saya mohon jasa baik orang ramai sekiranya terserempak dengan nenek ini sila tumpangkan atau bantulah dia,” katanya.

Sumber Artikel: MSTAR ONLINE

Update Terbaru Daripada Adal Khairuddin

Kisah nenek yang tular di media sosial telah mendapat perhatian netizen. Ramai yang ingin menghulurkan bantuan. Alhamdullilah …

Assalamualaikum semua. Saya tak dpt membalas semua dm anda. Terima kasih adal ucapkan atas prihatin kalian.

Pihak keluarga dah mengambil tindakan tiada niat mencemuh imej buruk kepada sesiapa atas dasar perkongsian dan sebarang tindakan dan bantuan susulan akan diberitahu jika ada apa yg perlu

Terima kasih rakyat MALAYSIA anda sedia membantu. Sebarkan. Semoga bermanfaat.

KISAH SEBENAR DI SEBALIK CERITA NENEK INI ..

Kisah sebenar nenek 72 tahun yg mendapat perhatian netizen. Setelah mendapat panggilan dari anaknya, nenek tersebut difahamkan oleh saya telah dikirimkan wang bulanan dan sewa rumahnya telah dibayar oleh anaknya yg berada di luar kawasan Johor.

Sering kali di ajak tinggal bersama anak mereka yg lain tapi nenek tersebut tak mahu tinggalkan Kota Tinggi.¬†Mmg menjadi hobi nenek tu keluar berjalan sy difahamkan oleh jiran tetangga walaupun keadaan uzur sebegitu. Perkara yg sukar di halang. Kebetulan Allah hantarkan sy nak lalu jalan itu mmg tk sanggup tgk dia jalan dalam situasi hujan panas sy papah menaiki motor atas permintaan dia “lapar nak makan”

Dalam kejadian semalam atas dasar simpati dan mahu masyarakat sekeliling peka jika teserempak nenek ini sila tumpangkan tiada niat lain selain mencemuh imej keluarga.
Mohon netizen semua hentikan cemuhan keluarga mangsa. Sedangkan sy tidak memberi sebarang kenyataan berbau negatif.

Ayuh kita sama2 ambil iktibar. Sayangi keluarga kita dan masyarakat. Ihsan sesama manusia, Ihsan sesama makhluk. Allah hantar sesuatu untuk kita belajar. Semoga bermanfaat untuk kalian

Sumber: Adal Khairuddin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*