Menitis Alr Mata… Pasangan Berikan Sebungkus Nasi Kepada Budak Jalanan, Apa Yg Budak Ini Lakukan Selepas Itu Buat Netizen Tersentuh!

Kadang-kadang kita makan di gerai, pasti ada penggemis datang meminta wang, ada yang menjual tisu, dengan pelbagai kes dibuktikan kebanyakkan mereka sebenarnya mengambil kesempatan yang membuatkan ramai antara kita takut untuk memberi wang kepada mereka.

Ada antara mereka betul-betul memerlukan, ada yang memang miskin sehingga anak-anak terpaksa tidak bersekolah kerana tidak mampu, walaupun kita rasa adakah ianya wujud, tapi berdasarkan pengalaman admin sendiri orang minta bantuan, memang ada walaupun agak jarang kita dengari.

Cerita yang admin tulis kali ini, bukan berlaku di negara kita, tetapi sebagai contoh dan ikhtibar yang tolong menolong itu sebenarnya besar pahala dan mengembirakan mereka yang betul-betul memerlukan.

Kejadian berlaku di negara Filipina, diceritakan oleh Geo Tolentino Ringor di mana dia dan suaminya, John, berjalan keluar dari sebuah restoran di Jollibee, Quezon City, namun tiba-tiba datang seorang kanak-kanak lelaki jalanan meminta makanan.

Melihat kanak-kanak itu, merekan pun memberikan sebungkus makanan yang dibungkus utk anak mereka di rumah.

Selepas diberikan makanan kepada kanak-kanak itu, dia dilihat terus beredar ke satu tempat di mana ada seorang kanak-kanak perempuan kecil sedang menunggu.

Pasangan itu ternyata terkejut apabila kanak-kanak lelaki itu terus menyuap makanan yang diberikan merekan itu ke mulut adiknya, sehingga habis di mana hanya semulut disuapkan ke mulutnya sendiri, namun mereka berdua kelihatan sangat gembira.

Alangkah indahnya saling bantu membantu, bagi mereka yang betul-betul memerlukan, sebungkus nasi pun dapat membuatkan merekan gembira, jadi sama-samalah kita bantu mereka yang betul-betul memerlukan.

Artikel by KLViral

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*