Berang Tidak Dapat Apa Diinginkan, Tergamak Suami Tendang Tumpahkan Maggie Baru Dimasak Isteri

Semoga kisah ini menjadi iktibar untuk orang ramai diluar sana, Moga kisah ini menjadi iktibar bersama

terima kasih!

Sungguh! Hati semua wanita inginkan kehidupan yang bahagia bersama pasangan sehingga ke hujung nyawa. Kaum hawa dicipta untuk dilindungi, dimanjai serta dicinta oleh kaum adam. Hanya melalui perkahwinan semua itu termetrai.

Setiap perkahwinan yang diadakan dengan penuh gemilang serta dengan restu ibu bapa kedua belah pihak menjadi momen manis untuk dikenang. Namun, tidak semua perkahwinan itu indah belaka. Ada juga sebaliknya.

Pasti kita tidak dapat bayangkan, sekiranya orang yang kita sayang dan ingin dijadikan sebagai pasangan hidup menipu dan memungkiri janji setiap kali.

BERGELAR seorang isteri kepada penagih dadah bukan satu tugas yang mudah. Malah, kebanyakan perkahwinan yang dicemari dengan dadah ini selalunya berakhir dengan penceraian.

Baru-baru ini viral di media sosial gambar memaparkan satu kuali maggie tumpah di atas lantai sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan wargamya.

Rupa-rupanya kisah di sebalik maggie itu ada kaitan dengan kes penagihan dadah melibatkan ketua kepada keluarga berkenaan.

Menerusi perkongsian oleh sebuah page Facebook, si isteri meluahkan rasa terkilannya kerana suaminya sanggup menendang maggie yang menjadi hidangannya sekeluarga kerana gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah.

Ikuti perkongsian wanita itu di bawah:

Sudahlah kami ini miskin. Suami tak boleh kerja, asyik menagih. Saya nak kerja tapi hanya boleh kerja kampung. Ambil upah kemas rumah orang dan buat kerja-kerja kampung.

Jadilah sehari dapat RM10. Nak kerja kilang ada anak kecil, anak 5 orang semua masil kecil.

RM10 tu boleh beli apa sangat. Satu hari, saya beli maggie sebungkus besar dan telur 5 bijik untuk jamu anak. Sehari dapat makan sekali je.

Lepas tu suami tiba-tiba masuk rumah. Saya ajak dia makan tapi dia mintak duit nak beli dadah.

Saya kata tak ada duit, baru beli maggie untuk makan.

Dia mengamuk sebab tak dapat duit, habis ditendangnya maggie yang baru masak.

Semoga kisah ini menjadi tauladan kepada kita semua supaya menjauhi najis dadah. Ingatlah, sekali kita terjebak pasti sukar untuk kembali ke pangkal jalan.

Kepada mereka yang sudah ada dalam dunia penagihan dadah, masih belum terlambat untuk anda bertaubat.

Jika ada keluarga, renung dan tataplah wajah anak atau isteri anda moga-moga terbit rasa menyesal dalam diri seterusnya berubah ke arah yang lebih baik.

Melalui penceritaan ini mendidik kita bahawa, untuk membina keluarga bahagia, pasangan suami isteri haruslah seorang yang hidup dalam persekitaran positif, sekali memberi aura yang baik-baik untuk keluarga. Moga kisah ini menjadi iktibar bersama.

Sumber/Kredit : johodaily

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*