Keluarga Ini Selalu Makan Nasi Berkuahkan Air Garam Saja, Allahu

Ibu tunggal, Zaharah Omar, 52, berkata, kemiskinan itu menyebabkan mereka terpaksa berhutang membeli beras dan sesekali makanan ruji itu dihulurkan jiran tetangga atas dasar simpati.

Sudah biasa menikmati juadah nasi tanpa lauk, malah kerap makan hanya berkuahkan air garam.

Namun, enam beranak dari Kampung Kedai Buloh di sini, tidak pernah merungut kerana menu itu sebati dengan mereka sejak sekian lama disebabkan kemiskinan hidup.

Zaharah tinggal di sebuah rumah subsidi kerajaan negeri bersama tiga anak iaitu Che Siti Fatihah Jaafar, 25, Mohd Amir, 24, dan Mohd Azmi, 22, serta dua cucu yang berusia empat dan enam tahun.

“Pernah seharian kami tidak menjamah nasi dan wang yang ada hanya cukup membeli sekilogram gandum dibuat cekodok.

“Biasanya kami makan nasi berkuahkan kicap sahaja tanpa lauk tapi jika ada wang lebih, baru boleh membeli telur dengan harga RM2 untuk empat biji yang dimakan beramai-ramai,” katanya.

Dia hanya mengambil upah mencungkil kelapa di sebuah tempat memproses santan tidak jauh dari rumahnya memperoleh bayaran RM12 sehari untuk 100 biji kelapa. Dua anak lelakinya bekerja kampung iaitu memasang kanopi dan memunggah kelapa dengan upah tidak seberapa.

“Anak sulung ada membantu saya di tempat memproses kelapa jika bekalan yang tiba terlalu banyak kerana dia dalam proses bercerai dan perlu menyara dua anaknya yang masih kecil.

“Upah yang diperoleh hanya cukup membeli lauk dan makan setiap hari tanpa ada baki untuk disimpan,” katanya.

Anak bongsu Zaharah, Mohd Azmi menghadapi kesukaran bertutur disebabkan terminum minyak tanah ketika berusia tujuh tahun dan disebabkan itu dia tidak sampai hati untuk melepaskan pemuda itu bekerja jauh daripada keluarga.

Menurutnya, Mohd Azmi berhenti sekolah dan hanya sempat belajar hingga darjah empat sahaja kerana enggan ditempatkan di kelas pendidikan khas.

“Cucu sulung yang berusia enam tahun sepatutnya belajar di tadika tapi kami tiada wang membayar yuran menyebabkan dia hanya duduk di rumah bersama adik dan ibunya (Che Siti Fatihah).

“Kami bertungkus-lumus demi kelangsungan hidup,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : HMETRO ONLINE via Viddy Media

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*