Enggan Pakai Tali Pinggang Keselamatan, Pramugara Melutut Dan Perlahan-lahan Suap Warga Emas. Tindakannya Penuh Kasih Sayang Dikagumi Ramai

Ketinggian budi lebih utama dari ketinggian ilmu kerana ada orang yang angkuh dengan ilmunya walhal pengetahuan tersebut hanya menyesatkan diri sendiri dan orang lain.

Disebabkan sifat angkuh inilah kita dapat lihat ada segelintir individu yang dilihat berjaya sanggup membuang keluarga dan orang tua serta merendahkan orang sekeliling semata-mata kerana anggapan bahawa mereka tidak mempunyai taraf pendidikan sepertinya.

Berbeza dengan ulama terdahulu yang sangat menitikberatkan akhlak seperti Syeikh Abdullah bin Mubarak. Beliau telah mempelajari adab selama 30 tahun sebelum menuntut ilmu (Al-Kafi #862).

Baru-baru ini di negara seberang, Indonesia, ketinggian adab seorang pramugara telah membuatkan ribuan warga maya sebak dan terharu melihat layanannya terhadap seorang wanita tua. Lebih dari sekadar protokol, beliau dengan penuh santun menyuap seorang warga emas yang merupakan penumpang pesawat LionAir berkenaan.

tular satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Instagram, @armainiimay menunjukkan tindakan seorang pramugara syarikat penerbangan Lion Air yang sedang melayan seorang penumpang wanita warga emas di dalam pesawat berkenaan.

Dalam video dikongsikan, pramugara itu melutut di sebelah tempat duduk wanita tersebut dan meniup makanan sebelum menyuap warga emas terbabit.

Kisah itu dikongsikan pemilik akaun berkenaan yang berada di dalam pesawat tersebut dan dalam perjalanan dari Surabaya ke Palangkaraya, di mana layanan pramugara tersebut terhadap warga emas berusia 117 tahun mencuri perhatiannya.




Warga emas berkenaan difahamkan enggan memakai tali pinggang keselamatan ketika pesawat berlepas. Memahami faktor usia wanita tersebut, pramugara berkenaan kemudian datang dan melayan penumpang tersebut dengan begitu lemah lembut.

Malah, dia disuap makanan dan diberi minum oleh pramugara berkenaan. Layanan baik dan penuh sopan oleh lelaki tersebut akhirnya menyebabkan penumpang itu akhirnya memakai tali pinggang keselamatan.

Video tersebut kemudiannya dimuat naik di Twitter oleh seorang pengguna @the4rel dan menyebabkan ia segera tular sehingga di-retweet sebanyak 53,400 kali serta menerima pelbagai reaksi daripada warga Twitter.

Ternyata kebaikan dan keikhlasan itu terlihat menerusi sinar mata seseorang

Keikhlasan terpancar di wajahnya yang sentiasa tersenyum dan lemah lembut berbual bersama wanita terbabit. Sesekali beliau mengelap mulut wanita itu dan memperbetulkan tudung yang dipakainya seolah-olah wanita itu ibu kandungnya sendiri.
Tingkah laku beliau telah membuatkan hati warga maya terusik lantas mendoakan kesejahteraannya.

“Dengan orang lain pun begitu, bagaimana dengan orang tua nya. Semoga panjang umur, sihat dan berjaya ya. Amin,” ucap salah seorang netizen.

Syurga buatmu






Sebak dan terharu, moga mendapat ganjaran serta rahmat Allah

Sementara itu, ada yang berharap agar lebih baik lagi insan penyayang seperti pramugara ini

Tindakan pramugara ini yang menyantuni orang yang tua sangat memberi inspirasi buat kita semua, di mana dia langsung tidak melatah apabila berhadapan dengan situasi itu malah melayan penumpang dengan begitu profesional, lengkap dengan senyuman!

Tak kurang juga ada yang terkenangkan ibu bapa masing-masing melihat tindakan pramugara ini.

Kemuliaan darjat datang dari kerendahan hati. Semoga kita semua dapat mengikuti jejak langkah pemuda ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Kredit : Khalifah Media

Sumber  : http://www.nepalivibes.com/

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*