Sebak Ibu Ini Apabila Janin Usia 14 Minggu Tiba Tiba Memegang Jari Dia

Seorang ibu yang keguguran berkongsi gambar-gambar yang memilukan dari janinnya di mana kelihatan bahagian tangan dan kaki kecil ‘bayi’ itu berada dalam keadaan sungguh sempurna.

Wanita itu ingin membuktikan bahawa janin adalah ‘bayi sebenar’ selepas doktor menggelarkan anak yang dikenali sebagai Miran itu sebagai ‘bahan buangan perubatan.’

Sharran Sutherland, dari Fair Grove, Missouri, Amerika Syarikat, memuat naik gambar janinnya yang berusia 14 minggu baru-baru ini dan menjadi viral di media sosial.

Perkongsian itu adalah sebagai usaha untuk menunjukkan kepada orang ramai supaya berfikir berulang kali sebelum melakukan pengguguran kerana janin yang dikandungnya sudah terbentuk ‘sempurna’ meskipun Miran hanya setinggi empat inci dan seberat 26 gram ketika dilahirkan.

Wanita berusia 40 tahun itu tidak ingin janinnya dibuang, jadi dia dibolehkan membawa pulang janin tersebut untuk dikuburkan seperti yang diinginkan kerana janin hanya secara rasmi akan digelar sebagai bayi ketika berusia 20 minggu.

Oleh itu, dia dan suaminya Michael, 35, membawa pulang Miran ke rumah dan menyimpannya di dalam peti sejuk beku selama seminggu sebelum menguburkannya di pasu bunga di rumah mereka.

Sharran memberitahu, dia mencuba menjalani hidup seperti yang ditakdirkan Tuhan dan kemudian mengambil keputusan untuk berkongsi kisah hidupnya di media sosial supaya  bermanfaat kepada orang ramai.

Dalam gambar yang dimuat naik tersebut wanita ini berkata, “Bagaimana seseorang dapat menafikan bahawa mereka tidak membunuh bayi bila mengambil keputusan menggugurkannya?”

“Saya berharap bahawa dengan berkongsi gambar-gambar bayi lelaki saya yang begitu berharga ini, mungkin akan membuat seseorang yang memikirkan mengenai keguguran akan mengambil keputusan untuk membatalkannya dan membiarkan anak mereka tetap hidup.”

Gambar : Mirror UK

Wanita itu bersyukur kerana dapat merasa kesempatan untuk melahirkan meskipun kehilangan cahaya matanya itu.

“Lihat dia memegang jariku, melihat bagaimana dia terbentuk dengan sempurna, saya merasa amat kagum.

“Saya seakan tidak percaya betapa sempurna kejadiannya. Telinganya, lidahnya, gusinya, bibirnya, saya tidak boleh mempercayainya,” kata Sharran.

Difahamkan, dia mengalami keguguran setelah jantung Miran disahkan telah berhenti berdegup. Doktor mendesak Sharran untuk melakukan satu prosedur dengan cara memotong janin supaya ia dapat dikeluarkan dari rahimnya.

Tetapi dia menolak kerana tidak mahu bayinya itu keluar dalam keadaan tidak sempurna secara cebisan kepingan. Jadi dia memilih untuk diberi induksi dan melahirkan bayi tersebut secara normal pada 23 April lalu.

Sumber : Daily Mail/Tribun News

SUMBER : Siakap Keli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*