Baru Masuk Darjah 1, Anak Murid Ini Pimpin Tangan Mak Ayah Yang Buta Tunjuk Keliling Sekolah Undang Sebak Netizen

Sesi persekolahan bagi tahun 2021 akan mula dibuka pada 8 April 2021 ini, bermakna tinggal satu minggu saja lagi. Beberapa buah sekolah sekitar Malaysia mula adakan sesi orentasi bagi pelajar darjah satu. Pelbagai ragam dan karenah dapat dilihat memandangkan ini merupakan perkara baru bagi mereka.

Namun lain pula jadinya dengan kisah yang dikongsi seorang guru dikenali sebagai Nadwa Nassir di Facebook miliknya. Seorang murid darjah 1 memimpin tangan kedua orang tuanya bagi sesi orientasi di sekolahnya memandangkan mereka ca.cat penglihatan. Ya Allah…Sebaknya….

Dia sendiri tulis no telefon mak ayah

Sentap hari terakhir tahun 2019. Hari ni terima murid Tahun 1. Maka bertemu la aku 30 orang anak tahun 1 2020. Jatuh air mata aku melihat seorang anak kecil. Memimpin mak ayahnya yang tidak dapat melihat ke orientasi tahun 1.

Hari pertama dia sendiri ke sekolah. Dia sendiri menulis nombor hp mak ayah. Walau baru bertatih menulis. Walau nombornya terbalik. Kuatnya kamu wahai anak. Berdikarinya kamu pada usia terlalu muda ini.

Tunjuk kawasan sekolah kepada ibu ayah

Selesai orientasi. Dia pimpin mak ayah dia. Tunjuk kelas dia kat mana. Padang kat mana. Kantin kat mana.. Mcm la mak ayah dia boleh melihat. “Mak, sini la kantin.. Mak, ni padang sekolah…”Mak dia tanya dia.. “mana pondok mak nak tunggu kamu nanti…?” Dia jawab… “sini la mak… Kat sini…” (padahal depan dia je pondok tu.. Tapi si anak explain macam nampak-nampak je)

Teacher doakan kamu berjaya dunia akhirat. Kamu yang paling kuat..Buat teacher rasa teacher perlu kuat lebih dari kamu bagi menempuhi 2020.

Berair air mata

Sumber : Nadwa Nasir via Oh Bulan

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar online

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*