Hasrat Pakai Uniform Bomba Sempat Ditunaikan. Adik Danial ‘Pergi’ Di Pagi Jumaat Yang Hening

Sebelum ini akhbar ada melaporkan tentang hasrat seorang kanak-kanak yang menghidap kans3r otak untuk mengenakan pakaian seragam bomba.

Ahmad Danial Ahmad Suhairi yang menghidap kans3r otak jenis Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat dikhabarkan telah m3ninggaI dunia pagi tadi. Menerusi perkongsian oleh SR Islam Al-Irsyad Balok, adik Ahmad Danial telah menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 4 pagi tadi.

Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiun

InalillahiwainailahirojiunSelamat berpulang, anakanda Danial.Al Fatihah.Ahmad Danial Ahmad Suhairi2/2/2012 – 25/10/2019Kanser otak DIPG

Posted by Wan Shahriza on Thursday, October 24, 2019

Pagi Jumaat yang hening. Pihak @SR Islam Al Irsyad Balok mendapat perkhabaran duka perginya anak didik kami yang tercinta, Adik Muhammad Daniel b Muhammad Suhairi bertemu Ilahi lebih kurang pukul 4 pagi tadi.

Allah menjemputnya pulang di hari Jumaat yang mulia. Almarhum Ahmad Daniel disahkan menghidap DIPG iaitu sejenis kans3r otak pada Mac yang lalu. Semoga keluarga almarhum Ahmad Daniel tabah dan sabar menghadapi ujian ini.

Jn4zah akan dibawa pulang ke rumah neneknya di Beserah untuk disemadikan di sana.

Tenanglah kamu di sana wahai anak syurga..

02022012-25102019

Khabar duk4 itu turut disampaikan oleh pengerusi Persatuan Sokongan Anak-Anak Kans3r (Pesona) menerusi laman Facebook miliknya sebentar tadi. Rata-rata netizen menyampaikan rasa simpati dan mengucapkan t4kziah buat keluarga 4llahyarham.

Sebelum ini, bapa Ahmad Danial memberitahu dirinya merasa sangat bangga apabila melihat anaknya mengenakan pakaian seragam anggota bomba lengkap dengan tanda nama pada 5 Oktober lepas.

Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiunاِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنPagi Jumaat yang hening. Pihak @SR Islam Al…

Posted by SR Islam Al-Irsyad Balok on Thursday, October 24, 2019

Menurut Ahmad Suhairi Ali, 33, walaupun anaknya tidak boleh menunjukkan sebarang reaksi, namun beliau percaya anak sulung daripada tiga beradik itu berasa gembira lebih-lebih lagi apabila berpeluang menaiki jentera bomba.

Ahmad Suhairi memberitahu, Danial memang teringin untuk menjadi seorang anggota bomba. Malah, setiap kali dia melihat jentera pasukan beruniform tersebut, pasti dia akan teruja. Ahmad Suhairi juga berharap perkara ini menjadi kenangan yang paling manis buat anaknya itu.

“Danial (panggilan Ahmad Danial) memang ingin sangat menjadi anggota bomba. Setiap kali melihat jentera atau aksi anggota bomba, dia akan teruja dan beritahu bomba adalah wira penyelamat yang hebat.”

“Saya harap ini menjadi kenangan paling manis untuk anak dan berterima kasih kepada semua yang menjayakannya,” katanya.

Ahmad Danial dikesan menghidap penyakit itu pada bulan Mac lepas, apabila menjalani pemeriksaan di H0spital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini ekoran keadaan matanya yang juling.

“Kami beranggapan mungkin Danial hanya mengalami sindr0m ‘mata malas’ namun setelah pemeriksaan, doktor mengesahkan dia menghidap kans3r otak sebelum disahkan sebagai kans3r jenis DIPG.”

T4kziah diucapkan buat Ahmad Suhari sekeluarga dan semoga segala urusan dipermudahkan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : YOY Nertwork Via Vanilla Daily

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*