Setiap Kali PU Amin Dihina Ayah Dia Pasti Akan Menangis. PU Amin Menceritakan Sesuatu Istimewa Tentang Ayahnya Yang OKU

PENDAKWAH bebas yang juga selebriti, PU Amin berkongsi bapanya, Mohd Noor Awang Ngah, 64, adalah orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan (buta) sejak dilahirkan.

Amin, 29, atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim berkata keadaan itu tidak menghalang bapanya untuk menjelajah ke seluruh negara untuk mengajar al-Quran kepada orang buta.

“Walaupun Abah buta tapi hatinya celik. Dia boleh membaca dan hafal al-Quran. Dia juga buat banyak buku Braille untuk orang buta baca.

“Dia tak penat ke seluruh negara untuk ajar al-Quran kepada orang buta. Dahulu dia menabur bakti menterjemah dan mengajar al-Quran di Brunei Darussalam.

“Kini walau diri makin dimamah usia, Abah masih bertenaga untuk ajar al-Quran. Alhamdulillah ada Mama yang kuat dan adik beradik yang membantu. Semoga Abah dapat melihat kami satu keluarga di akhirat kelak,” katanya.

Amin yang juga pengacara program Lensa 106 berkata, bapanya sentiasa berpesan supaya jangan berhenti berdakwah meski dihina dan dikecam masyarakat.

“Kalau bergerak sendiri, Abah akan menaiki komuter atau bas untuk pergi berdakwah. Bayangkan dengan tongkat sebagai peneman, dakwah tetap berjalan.

“Disebabkan itu, Abah selalu pesan dalam berdakwah ada sedikit pedih kerana itu adalah lumrah.

Setiap kali saya dihina dan dikecam, Abah akan menitiskan air mata,” – PU Amin

Menurut Amin, dia mudah tersentuh apabila melihat orang cacat penglihatan kutip derma, jual tisu, menyanyi tepi jalan dan golongan OKU diperlekehkan.

Dalam masa sama, Amin berterima kasih kepada kedua ibu bapa angkatnya yang membesarkannya sejak usia empat hari lagi.

“Tidak dilupa buat ayah dan mak saya yang membesarkan saya sejak kecil. Mereka memberi galakan dan ilmu hingga saya di tahap ini.

“Hanya Tuhan saja yang membalas syurga buat abah mama kandung dan mak ayah saya yang membesarkan saya,” katanya.

Sumber Artikel : HMETRO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*