Suami Mimpi Isteri Kahwln Lain. Apa Yang Berlaku Selepas Dia Terjaga Dari Tidur Buat Isterinya Trkejut

Gambar Sekadar Hiasan

Saya seorang suami kepada 2 orang cahaya mata. Baru baru ini saya bermimpi lsteri saya bernikah lagi satu dengan seorang lelaki dengan erti kata lain, saya telah dimadukan oleh lsteri saya sendiri. Di dalam mimpi itu lsteri saya memakai pakaian pengantin dan sedang bersiap hendak bernikah.

Dia mengarahkan saya untuk menjaga anak kami yang masih kecil. Kemudian setelah lsteri saya dan lelaki itu selesai dan selamat bernikah mereka pulang ke rumah yang saya tinggal sekarang dengan pakaian pengantin. lsteri saya sekali lagi mengarahkan saya untuk menjaga anak kami sementara lsteri hendak bersama dengan suami barunya.

lsteri berpesan supaya jangan ganggu ketika mereka tengah bersama dan mereka terus masuk ke bilik dan menguncinya. Ketika saya sedang menonton TV dekat ruang tamu saya tersedar gelak ketawa mereka di dalam bilik dan kadang-kadang bunyi suara merengek.

Hati saya ketika itu sudah panas. Hanya Allah yang mengetahui betapa sakitnya hati ini. Saya dengan penuh rasa geram dan terus menolak pintu bilik dengan sekuat hati. Bertambah geram dan marah apabila melihat mereka sedang bercumbuan di atas katil. Menggigil tubuh badan saya menahan marah.

Tersedar dari tidur dan mimpi itu saya mengucap panjang. Tersedar dari tidur saya bangun dan lihat isteri di sebelah saya terus cubit-cubit, tampar lsteri sambil menjerit.

Walaupun saya tahu saya hanya bermimpi tapi saya tidak dapat menahan sakit hati. Saya tampar isteri sebab nak balas dendam sebab saya sakit hati. lsteri saya yang tengah sedap tidur terkejut dengan tindakan saya. Walaupun kejadian ini sudah pun seminggu berlalu namun masih terasa sakit hati itu sehingga ketika menulis perkongsian ini pun hati masih lagi sakit. Allah, lamanya nak hilangkan sakit hati ini.

Sekarang barulah saya sedar kenapa ramai wanita marah bila suami hendak berkahwin lagi. Saya sudah merasainya walaupun hanya dalam mimpi. Kalaulah ditakdirkan wanita boleh berkahwin lebih dari satu rasanya saya tak sanggup. Ya Allah, betul betul tak sanggup, mungkin ramai lelaki akan meroyan apabila perempuan boleh berkahwin lebih dari satu.

Jadi sedarlah suami-suami diluar sana, hati perempuan mana sanggup melihat suaminya bersama insan lain. Kalaulah ditakdirkan isteri boleh bernikah lebih dari satu, anda pun tak sanggup rasanya melihat isteri bersama lelaki lain.

Sekadar luahan hati seorang suami. Jangan kecam saya, sekadar kongsi mimpi saya alami.

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*