Bila Ditanya Kenapa Tetap Kahwin 2 Wpun Isteri Pertama Dah Cukup Baik, Jawapan Si Suami Ini Berikan Sangat Mengejutkan Ramai

Sudah Baca Jangan Lupa Tekan Sh4re, Sh4ring is Caring!

Perkataan poligami sering membuatkan telinga wanita menjadi ‘panas’ dan tak senang duduk. Mana tidaknya, bukan semua golongan Hawa mampu berkongsi suami sendiri dengan insan lain. Namun bagi kisah inpirasi di bawah, ternyata kekuatan seorang isteri ini cukup membuatkan ramai kagum.

Bila suami nak nikah lagi, isteri mana boleh terima? Ada, isteri saya ni la

Melalui Facebook Mohd Safuan, dia membuat sebuah posting panjang sebagai tanda menghargai isteri pertamanya setelah hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga. Jelas lelaki ini, wanita berkenaan sudah susah senang dengannya sejak zaman mereka belum punyai apa-apa lagi. Tatkala diajukan niat berpoligami dulu, hati Puan Aisyah menjadi sedih namun dia sanggup ketepikan perasaannya demi kebahagiaan suami.

Dia join kelas rawat hati dia…Macam manalah abang tak sayang

Turut mengikuti proses suaminya berjumpa dengan calon-calon isteri kedua, difahamkan Puan Aisyah mencari kekuatan untuk terus tabah termasuklah mengikuti kelas khusus bagi merawat semula hatinya. Pengorbanan besar itu akan dihargai sebaik-baiknya malahan Tuan Muhd Safuan mahu membalas jasa tersebut kelak.

Ada yang cukup dengan sorang isteri…Ada yang perlu dua

Meskipun perkongsian tersebut sangat positif, ada netizen yang bertanyakan soalan mengapa Tuan Safuan tetap berkahwin 2 walhal isteri pertama sudah cukup baik. Dia membuat penjelasan bahawa semua keputusan untuk bernikah lagi adalah bergantung kepada keperluan masing-masing.

Sumber : Facebook Mohd Safuan

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*