Tergamak 5 Anak Lapor Ibu Kepada PoIis, Tuduh Gadaikan Geran Tanah PeninggaIan Bapa Mereka

Tergamak 5 Anak Lapor Ibu Kepada PoIis, Tuduh Gadaikan Geran Tanah PeninggaIan Bapa Mereka.

Tak dapat digambarkan betapa luluhnya hati wanita ini apabila lima orang anak kandungnya dipercayai telah melaporkan dia kepada pihak polis kerana dituduh menggadaikan geran tanah peninggalan arwah suaminya.

Dek angkara harta pusaka, lima anak membuat laporan polis mendakwa ibunya telah mengadaikan geran tanah arwah ayahnya.

Berita ini telah mengemparkan para netizen yang memberikan pelbagai komen. -Sebagaimana laporan Kompas.com baru-baru ini.

Wanita tua dikenali sebagai Rodiah yang berusia 72 tahu sebak tidak dapat menahan tangisan apabila mengetahui dakwaan itu dilakukan oleh anaknya sendiri.

Dituduh gadai geran tanah

Foto: Kompas

Memetik laporan Kompas, wanita berusia 72 tahun yang dikenali dengan nama Rodiah dari Indonesia ini mengakui sangat terkejut dan terkilan dengan tindakan kelima-lima anaknya itu.

Dakwa Rodiah, selepas tiga hari suaminya, Zein Choir meninggal dunia, anak sulung mereka iaitu Sonya dikatakan sering meminta empat geran tanah seluas hampir satu hektar yang disimpan Rodiah. Malah empat orang anaknya yang lain dikatakan sering mendesak supaya semua tanah tersebut diagihkan segera.

Ambil geran secara senyap

Meskipun begitu, Rodiah tidak pernah menyangka tindakannya tidak mahu memberikan geran telah mengakibatkan anak-anaknnya mengambiI geran senyap-senyap dan membuat cerita dia yang menggadaikan tanah tersebut. Lebih kejam apabila kesemua mereka tergamak melaporkan perkara itu kepada polis.

” Saya tidak menyangka anak sendiri akan laporkan ibu mereka kepada polis. Anak-anak mendakwa saya gadaikan kesemua geran tanah itu dengan harga 500 juta rupiah (RM146,840).”

” Saya ada lapan orang anak dengan tiga daripadanya tinggal bersama saya dan lima yang lain duduk berasingan. Kelima-lima anak itulah yang bertindak kasar dan laporkan saya kepada polis.”

Ibu lumpuh menangis dikasari anak

Lebih menyayat hati apabila mengetahui warga emas ini telah datang ke balai polis dengan menggunakan kerusi roda kerana kedua kakinya lumpuh akibat strok. Ketika disoal siasat, Rodiah yang tidak dapat menahan sebak telah mengalirkan air mata dan mengakui bahawa dia sering dikasari dan diugut oleh kelima-lima anaknya supaya menandatangani beberapa dokumen.

Dakwa Rodiah, layanan buruk daripada anak-anaknya itu hanya terjadi selepas pemergian suami tersayang.

Tidak terhenti di situ, Rodiah mendakwa kelima-lima anaknya itu sering datang ke rumah untuk mengasari dan mengugutnya. Oleh hal demikian, Rodiah mendakwa dia kini menjadi trauma dan berasa takut setiap kali terdengar bunyi ketukan pintu di rumahnya.

”Nak buat macam mana lagi, saya hanya mampu pasrah. Saya ada Allah SWT, saya serahkan semua nasib saya.”

Sumber/Kredit: kompas via johodaily

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*