Tular Gambar Grab Rider Basah Kuyup Tunggu Pelanggan Keluar Rumah, Undang Sebak Netizen

MUNGKIN kelihatan mudah tugas seorang penghantar makanan, hanya menunggang motosikal dan menghantarnya kepada pelanggan di lokasi yang ditetapkan.

Namun, itu apa yang kita nampak tetapi bukan itu sahaja cabarannya terutama apabila diduga semasa menjalankan tugas.

Sekeping gambar yang dikongsi di laman sosial menunjukkan seorang penghantar makanan di luar sebuah rumah ketika hujan lebat mengundang sebak netizen

Dalam keadaan hujan begitu lebat itu, sudah tentunya pemuda berkenaan basah kuyup tetapi masih setia menanti bersebelahan motosikalnya di luar rumah berkenaan.

Susulan perkongsian di halaman Facebook Penang Kini, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa kepada pemuda berkenaan.

Keadaan seorang penghantar makanan yang dibasahi air hujan.

Dugaan penghantar makanan.. 😩😭Harap buyer dapat standby awai depan pintu bila keadaan macam ni.. Jangan buat Saudara kita ni ternanti-nanti..

Posted by Penang Kini on Saturday, March 7, 2020

“ Allahu… berlinang air mata aku tengok. Aku dapat rasa perasaan ni macam mana,” tulis seorang netizen.

“ Aku kalau jumpa macam ni… rasanya air mata aku sama lebat macam hujan,” ujar yang lain juga beremosi dengan posting berkenaan.

“ Part ni lah paling kasihan. Pernah jumpa kat jalan raya. Hujan-hujan pun mereka redah juga sebab nak hantar cepat. Mungkin nak jaga rating mereka, kasihan sangat-sangat,” komen yang lain.

“ Allahu, demi mencari sesuap nasi. Standby lah depan pintu bila ada tempahan… mudahkan urusan orang lain,” tulis seorang gadis

Selain itu, ada yang turut menyuarakan kekesalannya terhadap pelanggan yang tidak bertimbang rasa apabila berlaku kejadian seumpama itu.

“ Dah order tu standby lah siap-siap supaya orang pun tak tertunggu-tunggu. Sifat keprihatinan tak ada dalam diri,” katanya.

Part ni lah paling kasihan. Pernah jumpa kat jalan raya. Hujan-hujan pun mereka redah juga sebab nak hantar cepat. 

NETIZEN

“ Kebiasaan jadi patung kat depan rumah bila pemiliknya tak tengok handphone mereka (pesanan) dah sampai, dan loceng rumah pemiliknya tu rosak,” ujar seorang pemuda yang berkongsi luahan daripada rakan yang turut bekerja sebagai penghantar makanan.

“ Saya kalau waktu hujan, lapar macam mana pun tak akan order dengan runner mana-mana pun. Tak tergamak tengok hujan-hujan suruh mereka hantar makanan,” kata yang lain.

Antara komen netizen.

Malah, seorang penghantar makanan yang lain turut meluahkan perasaan mengenai tugasnya ketika hujan susulan perkongsian foto berkenaan.

“ Saya pun rider tapi di Kuala Lumpur. ‘Koyak’ juga mental dengan hadap traffic jam, jalan lubang. Dapat pula pelanggan yang hanya tahu fikir perut dia saja. Pernah nyanyi dalam hujan, sendu hidup rasa,” katanya.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar penghantar makanan tersebut dimurahkan rezekinya kerana sanggup berkorban demi kepuasan pelanggan.

“ Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan adik ni. Mencari rezeki halal banyak dugaan, sabar lah dik,” ujar netizen yang bersimpati.

“ Terbaiklah kerja penghantar makanan ni. Kerja ni kan satu ibadah, moga Allah bukakan pintu rezeki buat brother ni,” kata seorang lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Penang Kini

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*