Musuh Nampak Tun M Sedang Terlena & Terleka, Sebenarnya Mereka Silap Besar

Kemelut yang melanda poIitik negara ketika ini benar-benar menarik minat rakyat  Malaysia untuk mengetahui keputusan disebalik ‘makan malam’ yang berlangsung di  Hotel Sheraton, Petaling Jaya semalam.

Desas-desus  mengatakan bakal ada peralihan kuasa menyebabkan pelbagai spekuIasi dilakukan oleh netizen yang mulai merungkai kembali perjalanan poIitik Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad semenjak Pilihan Raya Umum 14.

Musuh nampak dia terlena & terleka. Tapi…

Menerusi satu muat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai  ATUK telah memberikan pendapatnya mengenai keadaan politik negara yang sedang diketuai oleh Tun M.

Menurutnya, siapa yang menjangkakan seorang warga emas berusia 93 tahun masih mampu berfikir jauh ke hadapan dalam politik negara  yang penuh ‘drama’ dan kejutan ini serta merangka sesuatu diluar kotak.

Diam2 ubi berisi

Tambahnya lagi, tindakan beliau yang banyak berdiam dalam beberapa isu rupanya memberikan satu jalan agar negarawan itu mampu merangka sesuatu perkara ketika ‘musuh-musuh’ politiknya menganggap beliau sedang terlena.

Kebarangkalian dalam tertubuhnya satu pakatan baru membina kerajaan yang lebih solid berbanding terdahulu adalah besar jika dilihat daripada khabar angin yang sedang kencang bertiup.

Penyatuan kembali Melayu selepas 20 tahun?

Selain itu, pengguna Twitter tersebut turut mengungkit kembali kapsul yang telah tertanam suatu masa dahulu. Dia memberi andaian bahawa berkemungkinan isu penyatuan Melayu  menjadi salah satu tunjang kepada berlakunya gelombang politik ketika ini.

Pemikiran Tun M yang tidak terjangkau dek banyak pihak ini turut membuatkan  teka-teki berlegar-legar di segenap minda rakyat Malaysia ketika ini.

Walau bagaimanapaun, sebarang keputusan mungkin akan diketahui dalam masa terdekat yang mana ia boleh jadi merubah lanskap pentadbiran negara.

Namun, sebagai rakyat Malaysia, hendaklah kita mengharapkan yang terbaik kepada Tanah Air tercinta ini agar tiada kuasa asing cuba merobek penyatuan yang sudah sedia terbina.

Syukur ada pemimpin seperti Tun M

Diam diam tapi berfikiran jauh

 

Bagus Tun M

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: OMM

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*