Tun M Dedah Najib Nak Jadi PM Sekali Lagi Jika Ini BerIaku. Sekali Najib S0und BaIik, Memang Pedas Ayat Dia

Berikut catatan terbaru Tun M di blog beliau mengenai Norma Baru

NORMA BARU

1. Kita sekarang dengar dan bercakap berkenaan dengan norma baru (new normal).

2. Kebanyakan norma baru ini disebabkan wabak COVID-19. Demikian mudahnya jangkitan COVID-19, sehingga kita terpaksa henti semua kerja dan bersembunyi di rumah kita. Tanpa bekerja pendapatan biasa kita pun hilang.

3. Dengan ini cara hidup kita pun berubah. Kita tidak dapat bekerja di pejabat. Sebaliknya kita bekerja di rumah. Ini adalah norma baru. Kita lebih guna telefon bimbit untuk urusan kehidupan kita. Kita adakan mesyuarat dengan “ZOOM” iaitu dengan mengguna komputer untuk berbincang dan berbahas melalui gambar peserta yang tidak ada bersama kita, tetapi berada di merata tempat, termasuk diluar negara. Ini adalah new normal (norma baru).

4. Dan banyaklah lagi amalan kita yang baru yang mengganti amalan lama yang bergantung kepada alatan dan cara terdahulu.

5. Kita terima baik norma baru ini. Tetapi terdapat pertukaran nilai yang dicipta dan diperkenal oleh orang tertentu demi kepentingan diri mereka.

6. Umpamanya kita anggap pencuri sebagai penjenayah yang dipandang rendah oleh kita. Mereka tidak akan diterima baik oleh kita. Jauh sekali memimpin kita.

7. Sekarang penilaian kita terhadap pencurian sudah berubah. Jika pencuri menjadi pengetua kita, kerana dia “boss” kita, pencurian olehnya boleh diterima.

8. Kita tidak perlu malu jika “boss” kita mencuri. Kita laungkan slogan, “Malu apa. Dia Boss kita”. Ini sudah jadi norma baru kita.

9. Lagi pun dia tidak curi duit kita. Dan dia bagi sedikit kepada kita.

10. Orang yang pegang kepada norma lama tidak bagi duit kepada kita.

11. Katanya “Bossku” akan memimpin Kerajaan Melayu Islam. Mengikut norma lama, pencuri tidak layak jadi pemimpin Kerajaan Melayu Islam. Kerajaan tidak Islam pun, tidak terima pencuri untuk memimpin.

12. Itu norma lama. Tetapi kita sekarang terima norma baru. Norma baru ini terima pencuri jika ia Melayu. Okaylah jika Kerajaan Melayu Islam dipimpin oleh pencuri asalkan dia Melayu.

13. Orang bukan Melayu tetap salah walaupun mereka baik, tidak mencuri, bersopan santun.

14. Tetapi mengikut norma baru; mereka, orang bukan Melayu ini boleh diterima jika mereka hulur wang kepada kita.

15. Bukan Melayu yang baik ini tidak sama dengan Melayu yang tidak baik.

16. Tetapi Melayu yang baik pun tidak baik jika tidak menghulur.

17. Norma baru berbeza dari norma lama, kerana yang baik, tidak baik dan yang tidak baik, baik.

18. Dengan menerap norma-norma ini kegagalan akan dianggap sebagai kejayaan.

19. Maka bertuahlah masyarakat norma baru.

20. Sebab itu kita terpaksa gantikan Kerajaan pilihan rakyat dengan Kerajaan pintu belakang.

21. Sogokan juga diberi nama baru. Ia dikenali sebagai BR1M. Sebagai BR1M ia halal.

22. Yang menjadi masalah ialah mereka yang masih anggap sogokan dengan norma baru ini masih sogokan. Mereka ketinggalan norma.

23. Tukarlah. Terimalah norma baru. Jika tidak kamu akan tersungkur.

24. Sesungguhnya “Bossku” bijak.

25. Dengan penerimaan norma baru, yang kalah menang dan yang menang kalah.

26. Syabas.

Berikut pula reaksi dari Najib Razak

“ Pepagi lagi dah start.Tak habis-habis dia ni. Berderet-deret tweetnya. Paling pelik ialah dia asyik tuduh orang lain mencuri tapi yang kaya berbilion-bilion pulak ialah anak-anak dia. Satu keluarga termasuk cucu-cicit ke sini ke sana pakai private jet.”

“ Yang kalah menang dan yang menang kalah.” kata PM7.

“ Yang menang dengan fitnah dan pembohongan untuk menjadi kerajaan yang amat gagal akhirnya akan terkalah dengan nafsu sendiri juga” kata Najib.

Rata netizan mula mengkritik bekas PM ini

Dr M: Najib mahu jadi PM sekali lagi jika bebas dari tuduhan

Najib Razak akan mahu menjadi perdana menteri sekali lagi sekiranya beliau dibebaskan minggu depan atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

“ Jika dia didapati tak bersalah, saya fikir dia akan mahu jadi perdana menteri lagi.

“ (Tetapi) Jika dia kalah di mahkamah, sudah tentu dia hilang kelayakan,” Mahathir dilaporkan berkata kepada The Malaysian Insight.

Beliau menjawab pertanyaan apakah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan dicalonkan sebagai perdana menteri oleh Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum akan datang.

Terdapat spekulasi bahawa Muhyiddin mungkin meminta pilihan raya diadakan segera pada tahun ini kerana ingin mendapat mandat daripada rakyat.

Bagaimanapun, Mahathir berkata Bersatu, yang kini berada di bawah kawalan Muhyiddin, akan menghadapi tentangan dari rakan gabungannya, Umno.

“ Umumnya, ahli Umno merasakan yang Umno perlu menerajui kerana mereka ada sokongan. Hakikatnya, mereka sudah beritahu Bersatu yang walaupun mereka dalam PN sekarang, mereka masih mahu bertanding lawan Bersatu pada pilihan raya akan datang.

“ Umno percaya ia adalah parti terbesar dalam PN dan mereka mahu pegang tunjang kuasa,” katanya yang juga bekas presiden Umno itu.

BN ketika ini mempunyai jumlah anggota parlimen tertinggi dalam gabungan PN, dengan 42 anggota parlimen diikuti oleh Bersatu (31), PAS (18) dan GPS (18).

Bersatu juga baru-baru ini memecat Anggota Parlimen Sri Gading, Shahruddin Salleh dari parti itu kerana duduk bersama blok pembangkang di Dewan Rakyat.

Ini bererti hanya tinggal enam anggota Parlimen yang menang di bawah tiket Pakatan Harapan pada tahun 2018, sementara 15 yang lain adalah bekas anggota parlimen Umno yang melompat ke parti itu selepas pilihan raya ke-14, sementara 10 lagi adalah bekas anggota parlimen PKR yang berpaling tadah dari PKR untuk bersama kerajaan PN.

Mahathir berkata, kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri tidak selamat kerana PN hanya mendapat sokongan 113 daripada 222 anggota Parlimen, seperti yang ditunjukkan di Dewan Rakyat minggu lalu.

“ Disebabkan itu, dia cuba terus berkuasa dengan menggunakan pelbagai kaedah yang sangat tidak demokratik. Ini termasuklah mengenakan tekanan ke atas partinya sendiri untuk menyokongnya, malah menggunakan wang untuk meraih sokongan orang.

“ Tetapi, kami merasakan kita perlu kembali keputusan asal rakyat iaitu Pakatan Harapan adalah pilihan rakyat.

“ Jadi kami merasakan bila sudah disokong rakyat, kami perlu kekalkan sokongan dengan kembali menjadi kerajaan,” kata Dr Mahathir.

Bekas pengerusi Bersatu itu juga berkata PN bukanlah gabungan kerjasama politik yang baik.

“ Pertama sekali, sebenarnya tiadapun perikatan. Ada perbincangan, diketuai Muhyiddin, kemudian PN wujud.

“ Tetapi, ia tak pernah didaftarkan. Ia tiada pejabat. Ia hanya ada dalam fikiran orang tertentu. Hanya Muhyiddin beri tanggapan wujudnya perikatan.

“ Saya beritahu dia jika dia sertai mereka, dia akan bekerja dengan kleptokrat dari Umno, saya tak bersedia buat begitu.

“ Dan saya tak boleh terima Umno semuanya tetapi Muhyiddin kata dia sedia bekerja dengan Najib. Dan begitulah bagaimana dia jadi ketua mereka dan akhirnya jadi perdana menteri.”

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan menyampaikan keputusan berhubung kes SRC International membabitkan Najib pada pukul 10 pagi, 28 Julai ini.

Najib didakwa di mahkamah berkaitan dana RM42 juta dari SRC International, yang sebelumnya merupakan anak syarikat 1MDB, sebelum diserap ke Kementerian Kewangan Diperbadankan pada tahun 2012.

Najib dituduh menyalahgunakan kuasanya untuk menerima RM42 juta tersebut sebagai balasan kepada jaminan kerajaan berhubung pinjaman RM4 bilion Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC International.

Beliau juga didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah atas wang yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya dalam tiga peringkat, dan tiga tuduhan melanggar undang- undang pengubahan wang haram.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

2 Comments

  1. Dari sebelum PRU 14 asyik burukkan DSNR,tak ada pun jumpa artikal nak jadi PM tapi yg ada calonkan diri sendiri TM je,sendiri gali lubang kubur sendiri tanam nak cari salah org lain.

  2. Kita tak pernah dengar DSNR sebut ingin menjadi PM sekali lagi macam bekas PM didalam sebuah negara mana….(lupa)berebut rebut dengan seorang lagi.akhirnya entah kemana.tun m cuma menakut nakutkan pm ke8orang kalau dah nyanyuk apa yang terlintas sebut sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*