Hujan Sekejap Tetapi Luarbiasa. Air Naik Terlalu Laju

KAMPUNG BUKIT HIJAU – Limpahan air parit di kawasan penempatan dan kebun penduduk yang masih berlarutan sehingga kini menimbulkan rungutan berikutan didakwa tiada penyelesaian konkrit diambil pihak berwajib.

Limpahan air luar biasa jadi punca banjir

Malah penduduk mendakwa kegagalan pengurusan kampung menyelenggarakan parit sebu dan tersumbat menjadi punca aliran air parit perlahan untuk keluar ke laut selain menyebabkan kawasan rendah bertakung air.

Alasan ketiadaan ketua kampung sebelum ini disebabkan pelantikan baharu juga menjadi isu berbangkit yang dikemukakan penduduk sehingga mengakibatkan isu banjir teruk terus berpanjangan.

Pegawai Khas Adun Jeram, Azrin Adnan menjelaskan, limpahan air luar biasa disebabkan aliran dari daerah Sungai Buloh masuk ke kawasan kampung di daerah ini.

Menurutnya, bagi penyelesaian jangka pendek, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kuala Selangor memasang ‘flap gate’ di kawasan parit di Jalan Bahagia, Kampung Bukit Hijau bagi menghalang aliran air masuk ke kampung.

“Parit di dalam kampung ini menjadi laluan air terus ke laut dan ditambah hujan lebat menyebabkan limpahan berlaku di kawasan rendah. Sekarang ini juga air laut tengah tinggi menyebabkan aliran air perlahan.

“Penduduk ada bangkitkan isu parit kena selenggara segera tetapi, sekarang ini air tinggi tidak boleh nak korek parit jadi kena tunggu surut barulah boleh jalankan kerja pengorekan parit,” katanya.

Jalan Kuala Selangor Digenangi Air

Banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan mengakibatkan banjir di sepanjang Jalan Kuala Selangor berhadapan Pusat Komersial TSB, Sungai Buloh sebentar tadi.Orang ramai dinasihat berhati-hati ketika memandu.Video: Ahmad Fairus Mohd Shafie/Facebook#Banjir #BuletinTV3 #SungaiBuloh #PayaJaras #PusatKomersialTSB #JalanKualaSelangor

Posted by Buletin TV3 on Thursday, November 15, 2018

Manakala Artikel Lain Berkaitan

Pelajar wanita l3mas dibawa kepala air

PELAJAR wanita sebuah kolej swasta ditemui l3mas selepas dipercayai dihanyutkan kepala air di sebuah kem di Sungai Congkak, Hulu Langat, hari ini.

Dalam kejadian jam 2 petang, mgsa berusia 20 tahun dikatakan terjatuh ketika sedang bermain air di lokasi kejadian bersama seorang rakannya.

Pegawai Kanan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Hulu Langat Rohazmi Kanafih berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pemilik sebuah resort mengenai kejadian jam 2.57 petang tadi.

“Sebaik dimaklumkan, dia bersama seorang anggota PBS bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira lima minit kemudian.

“Apabila tiba di lokasi, kami mendapati mgsa tersangkut di kawasan berbatu iaitu kira-kira 300 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh,” katanya ketika dihubungi.

Rohazmi berkata, ketika tiba di lokasi, mereka mendapati badan wanita itu masih panas dan terus melakukan bantuan pernafasan awal (CPR) sementara menunggu ambulans tiba.

“Bagaimanapun, pihak ambulans mengesahkan mgsa sudah meniinggal dunia. Difahamkan, mgsa bersama beberapa rakannya terbabit dalam program dianjurkan kolej berkenaan.

“Ketika kejadian, mngsa terjatuh ke dalam sungai bersama seorang rakannya dipercayai akibat ditarik arus kepala air.

“Bagaimanapun, rakan mgsa berjaya menyelamatkan diri selepas berpaut pada dahan pokok berhampiran,” katanya.

Memetik Dari Facebook Informasi Terkini Hulu Langat

#Laporan kepala Air Berlaku Di Sungai Chongkak, ada beberapa orang yg hanyut

Kita doakan moga semua mgsa dpt di selamatkan, Mungkin warga langat di kawasan Sg congkak boleh update info terbaru

#TerimaKasih Pada Warga Sg Congkak yg berani terjun Sungai utk menyelamatkan Mgsa

Kredit : Ayisha Lubek & Fauziah Korset Murah

……….
#Nota : Mandi sungai waktu hujan… Klu tetiba nmpk banyak daun2 ranting hanyut… Cepat2 naik… Kepala air, lebih baik elakkan dari mengambil risiko jika kawasan hilir sedang hujan

Sumber : Sinar Harian, Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*