Sesuatu Yang Besar Rupanya Akan Berlaku Pada Disember. Tunang Adib Meluahkan Status Penuh Emosi

PETALING JAYA: Nurul Najihah Mohd Radzi yang menghitung hari untuk disatukan dengan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah dalam insiden rusuhan dekat Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada Selasa lalu terus berharap agar tunangnya segera sembuh.

Kata-kata penuh pengharapan itu dititipkan gadis berusia 25 tahun itu menerusi posting di Facebook miliknya, lewat malam Sabtu.

“Disember. Menghitung hari untuk kita. Hari yang kita dua tunggu. Semoga kamu kuat. Orang tunggu kamu. Muhammad Adib,” kata Nurul Najihah.

Difahamkan Nurul Najihah dan Muhammad Adib yang juga anggota dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada 26 Disember ini.

Rata-rata netizen berharap Nurul Najihah tabah mengharungi ujian itu selain turut mendoakan agar majlis perkahwinan mereka dapat diteruskan seperti yang dirancang.

Muhammad Adib sudah mula sedar.

Muhammad Adib yang diletakkan dalam keadaan koma di Institut Jantung Negara (IJN) sudah mulai sedar dan menunjukkan perkembangan positif pada pagi Jumaat lalu.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub berkata keadaan Muhammad Adib semakin baik dan beliau mampu memberi tindak balas terhadap sesetengah arahan verbal pakar perubatan.

Bagaimanapun katanya, keadaan anggota bomba berusia 24 tahun itu masih dikategorikan kritikal tetapi stabil.

“Muhammad Adib perlu bergantung kepada mesin ECMO beberapa hari lagi untuk kita memantau keadaannya,” katanya.

Sumber : mstar online

Ini Janji Tunang Adib Kepada Adib Yang Membuat Ramai Sebak

KUALA LUMPUR: Tunang anggota bomba yang parah akibat kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selasa lalu menyentuh hati orang ramai apabila berjanji untuk sentiasa bersamanya walau apa jua keadaan.

Kata-kata itu diluahkan Nurul Najihah Mohd Radzi menerusi status di laman sosial Facebooknya.

Bagi Nurul Najihah, Muhammad Adib Mohd Kassim merupakan seorang yang kuat dan mampu melawan kesakitan.
“Kamu kuat. Kamu cuba lawan sakit kamu. Orang akan ada dengan kamu macam mana sekalipun. Bangun kamu. Muhammad Adib,” kata Nurul Najihah.

Sementara itu, di ruangan komen pula, dibanjiri kata-kata simpati dan semangat daripada rakan, saudara dan netizen.

Muhammad Adib bagaimananpun dilaporkan mula sedar dan faham arahan yang diberikan.

Tunang anggota bomba yang parah akibat kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selasa lalu menyentuh hati orang ramai apabila berjanji untuk sentiasa bersamanya walau apa jua keadaan.

Kata-kata itu diluahkan Nurul Najihah Mohd Radzi menerusi status di laman sosial Facebooknya.

Bagi Nurul Najihah, Muhammad Adib Mohd Kassim merupakan seorang yang kuat dan mampu melawan kesakitan.
“Kamu kuat. Kamu cuba lawan sakit kamu. Orang akan ada dengan kamu macam mana sekalipun. Bangun kamu. Muhammad Adib,” kata Nurul Najihah.

Sementara itu, di ruangan komen pula, dibanjiri kata-kata simpati dan semangat daripada rakan, saudara dan netizen.

Muhammad Adib bagaimananpun dilaporkan mula sedar dan faham arahan yang diberikan.

Sumber : sayang awak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*