Aaron Aziz Bawa Keluarga Tunai Umrah Sekali Lagi

Pelakon Datuk Aaron Aziz selamat berlepas ke tanah suci Makkah semalam bagi menunaikan ibadah umrah.

Tidak keseorangan, sebaliknya, pelakon berusia 43 tahun itu turut membawa isteri dan anak-anaknya bersama.

Perkara itu dikongsikan aktor filem Kau Yang Satu itu menerusi satu entri di Instagram yang memaparkan mereka sekeluarga berada di dalam pesawat.

“Saya dan keluarga ingin mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau terguris hati sesiapa. Dengan izin Allah kami dapat mengerjakan ibadah Umrah sekali lagi.

“Semoga Allah terima semua ibadah kami dan ampuni segala dosa-dosa kami sekeluarga,” tulisnya di Instagram.

Sebelum ini, Aaron pernah membawa keluarganya mengerjakan umrah pada 2016 buat kali pertama.

Aaron mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik dan dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi, 15, Dwi Ariana, 13, dan Dahlia Arissa, 9.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*