Adakah Pengasas Kek Bulan Yaya Akan Bermadu Dengan Isteri Pertama Suami Hanna? Ini Jawapan Hanna Selepas Keluar Dari Mahkamah Syariah

“ SAYA tetap dengan pendirian, saya tak ingin bermadu dan keputusan saya muktamad.”

Demikian kata Suhana Hamzah, 34, atau lebih dikenali dengan nama Hanna yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya, malam ini.

Gambar Hanna berpakaian serba hitam dan berdiri di hadapan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu itu dimuat naik di IG jam 9.40 malam kelmarin

Kenyataan yang dimuat naik itu sekali gus mengundang persoalan mengenai status pernikahan Hanna dengan suaminya, Mahyudin Noral Azhar, 35, atau Baa.

Melalui status itu, Hanna turut memohon orang ramai untuk mendoakan kebahagiaannya sambil dimulakan ayat dengan ucapan Alhamdulillah.

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan daripada Hanna tidak berjaya apabila dia gagal dihubungi.

Media sosial pada 9 Januari kecoh apabila ibu kepada tiga anak itu mendakwa suaminya dirampas oleh usahawan kuih bakul berstatus halal di Kemaman yang terkenal dengan panggilan Yaya itu.

Menerusi akaun FB bernama Hanna Baa, wanita itu mendakwa Yaya yang dianggap seperti adiknya sendiri bercinta seterusnya berkahwin secara senyap dengan suaminya di Thailand pada 6 Januari baru-baru ini.

RAMAI YANG MEMBERI SEMANGAT KEPADA HANNA

SEBELUM INI YAYA MENAFIKAN SUDAH BERNIKAH DENGAN SUAMI HANNA

“ SAYA tidak pernah berkahwin dengan sesiapa dan semua dakwaan dibuat di Facebook (FB) itu adalah fitnah,” kata Haziqah Nurul Huda Harun, ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Haziqah Nurul Huda atau lebih mesra dipanggil Yaya, 23, berkata, dia reda dengan ujian besar diberikan Allah SWT dan menganggap semuanya mempunyai hikmah.

“ Saya reda dengan ujian Allah. Allah ada bersama saya. Insya-Allah, Allah permudahkan segala urusan saya hendaknya.

“ Tiada alasan untuk saya berkahwin di Thailand seperti didakwa kerana ayah iaitu wali sah dan ibu sentiasa bersama saya 24 jam. Saya tidak boleh memandu dan jika ke mana-mana mesti bersama ayah.

“ Pada 6 Januari 2020 yang didakwa kononnya tarikh perkahwinan saya bersama lelaki itu di Thailand, ia tidak benar kerana pada hari itu saya sekeluarga berada di Kuantan kerana anak saudara dimasukkan ke hospital,” katanya.

TERDAHULU MEREKA INI ADALAH KAWAN BAIK SEPERTI ADIK DAN KAKAK

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber :Harian Metro Online

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*